OMEGA KEMBALI MEWARNAI LANTAI “LUXURY” DI KLCC
OMEGA berdiri sebagai lambang keanggunan, ketepatan, dan warisan tanpa tandingan. Tahun ini, jenama ikonik dari Switzerland itu menandakan satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan semula butiknya di Suria KLCC, kini rasmi sebagai butik terbesar di Malaysia.
RUANG LUXURY OMEGA
Dengan konsep reka bentuk global yang dikekalkan, butik ini menampilkan gabungan sempurna antara nilai estetik moden dan kehangatan tradisi. Pintu masuk berbingkai emas dan tingkap kaca tinggi menyambut para tetamu ke dunia penuh warisan OMEGA, manakala figura bersaiz sebenar “Golden OMEGA Astronaut” berdiri megah. Ia merupakan satu penghormatan kepada legasi jenama ini dalam penerokaan angkasa.
Di tengah ruang, cahaya lembut dari candelier elegan menerangi koleksi ikonik daripada Speedmaster hingga Seamaster. Paparan ini seolah-olah menandakan perjalanan masa yang disempurnakan oleh kejuruteraan Swiss.

Butik baharu ini bukan sekadar ruang jualan; ia sebuah pengalaman tersendiri. Reka bentuk yang lebih luas memberi pelanggan kebebasan menikmati setiap koleksi dalam suasana privasi dan keselesaan. Bahagian eksklusif seperti private lounge direka khas untuk sesi rundingan peribadi, servis tempahan khas, dan khidmat penjagaan jam tangan mewah.
Setiap sudutnya mencerminkan falsafah OMEGA. Iaitu ketepatan yang berpadu dengan ketenangan. Dari pencahayaan hangat hingga susun atur yang elegan, ruang ini memberi peluang kepada pelanggan untuk benar-benar menghargai keindahan dan warisan setiap ciptaanya.

Pembukaan semula butik di Suria KLCC bukan sekadar perluasan fizikal, tetapi simbol komitmen OMEGA terhadap pelanggan Malaysia. Dengan ruang yang lebih luas, koleksi yang lebih menyeluruh, dan pasukan retail yang berpengalaman, butik ini dijangka menjadi destinasi utama buat penggemar horologi dan pencinta kemewahan di tengah kota Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MAKANAN BAZAR RAMADHAN PILIHAN GLAM LELAKI
Istimewa sempena bulan Ramadhan, GL Team berkongsi makanan-makanan di bazar ramadhan yang menjadi pilihan kami.
DESTINASI RASA STAY PACKAGE DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA: STAYCATION RAMADAN DENGAN SAJIAN TRADISI
Le Méridien Putrajaya hadir dengan Destinasi Rasa Stay Package, pengalaman Ramadan lengkap dengan penginapan, bufet iftar dan sahur.
FILEM UNTUK DITONTON SEPANJANG CUTI RAYA BERSAMA KELUARGA
Cuti Hari Raya tahun ini boleh diisi dengan menonton filem-filem yang memberi nostalgia bersama keluarga di rumah.
POP-UP RAYA SEKITAR KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA BOOKMARK SEKARANG
Bookmark destinasi pop-up dan market Raya di Kuala Lumpur dengan pilihan fesyen, persembahan dan aktiviti komuniti sepanjang Ramadan.
NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK
ABZORB 1890 oleh New Balance. Gabungan warisan dan inovasi dengan keselesaan SBS ABZORB. Boleh didapati di Malaysia mulai 12 Mac 2026.
INTERPRETASI MEWAH OUD DALAM SENTUHAN PARIS OLEH FRANCIS KURKDJIAN
Jenama wangian Maison Francis Kurkdjian hadir dengan wangian baharu yang berasaskan Oud, dengan sentuhan Paris.











