Skip to content

OMEGA RAIKAN ‘NO TIME TO DIE’ DENGAN SEAMASTER DIVER 300M 007

Kongsikan artikel ini

Jenama jam tangan unggul OMEGA sememangnya sudah sebati dengan watak fiksyen dan perisik terkenal, James Bond, apatah lagi sering kali membuat ‘penampilan’ istimewa dalam babak-babak ikonik untuk setiap satu naskah yang ditayangkan. Baru-baru ini, trailer filem terbaru James Bond yang berjudul ‘No Time To Die’ dilancarkan dan masih mengekalkan Daniel Craig sebagai Mr.Bond walaupun ini adalah kali terakhir dirinya tampil sebagai watak itu.

Daniel Craig dalam salah satu babak filem James Bond – No Time To Die.

Bersempena tayangan filem itu yang dijadualkan pada musim panas tahun hadapan, OMEGA turut sama menghangatkan dengan pelancaran istimewa Seamaster Diver 300M 007 Edisi baru. Istimewanya, selain direka khas untuk keperluan untuk tentera, rekaan jam tangan ini mengikut klasifikasi dari pelakon James Bond, Daniel Craig.

Jam tangan ini dikuasakan oleh OMEGA Co-Axial Master Chronometer Caliber 8806 dan dilindungi oleh NAIAD LOCK yang ditandakan dengan satu siri nombor 007.

Ia datang dengan material tali titanium Milanese atau tali NATO berona coklat, kelabu dan kuning gelap dengan gelang 007 terukir pada gelung jam tersebut. Ia turut terbina dengan 42mm dari Gred 2 Titanium dengan kaca khas kristal nilam menjadikannya unik dan tampak berkuasa.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut