PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)
Pameran Grand Prix D’horlogrie De Geneve upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tangan disampaikan oleh The Hour Glass.
Menjelang pengumuman pemenang Anugerah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) tahunan pada 9 November di Théâtre du Léman di Geneva, Switzerland. 84 daripada 90 jam tangan yang dinominasikan untuk upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tangan yang telah dipamerkan di Kuala Lumpur.
Satu-satunya hentian di Asia Tenggara, pameran ini dianjurkan oleh pengeksport jam tangan pakar terkemuka iaitu The Hour Glass di Pavilion Kuala Lumpur bermula dari 5 hingga 8 Oktober 2023.
PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGRIE DE GENEVE 2023

Jam tangan dari 14 daripada 15 kategori anugerah tersebut memberikan peminat gambaran tentang kemuncak pembuatan jam tangan kontemporari.GPHG merupakan sebuah organisasi dan platform unik yang menghormati inovasi, reka bentuk, dan kemahiran dalam pembuatan jam tangan.
Dengan memilih Kuala Lumpur sebagai jelajah ini, kerana pembuatan jam semakin meningkat bagi bandar ini .
“Ini selaras dengan misi The Hour Glass untuk memajukan budaya jam tangan.Sekaligus dapat memberikan komuniti peminat dapat akses kepada beberapa jam tangan yang paling luar biasa dalam generasi kami,” kata Encik Michael Tay, Pengarah Urusan Kumpulan The Hour Glass.
Acara pelancaran pada 4 Oktober melihat ahli media dan peminat jam tangan dari pelbagai bidang minat mengunjungi pameran. Dihadiri oleh ahli pasukan The Hour Glass dari beberapa pejabat serantau dan Valerie Boscat dari Foundation of the Grand Prix d’Horlogerie de Genève.

The Hour Glass mengadakan siri bengkel sepanjang tempoh henti pameran berkelana ini di Kuala Lumpur termasuk bengkel menarik tentang fotografi jam tangan. Ssepanjang hujung minggu, kanak-kanak juga dapat menyertai bengkel jam mekanikal DIY atau bergabung dengan Hublot untuk sesi mewarna.
Malaysia adalah destinasi ketiga dalam lawatan seluruh dunia selepas Hong Kong dan Macau. Bandar lain yang menjadi tuan rumah pameran berkelana ini termasuk New York, Geneva, dan Dubai sebelum berakhir di Zurich.
Artikel Berkaitan: 5 TIP PEMILIHAN JAM TANGAN UNTUK LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.











