TAG Heuer Connected Calibre E4: Prestasi Lebih Perkasa, Kini Tersedia Dalam Dua Saiz
TAG Heuer tampil membentangkan generasi keempat barisan Connected Calibre E4. Jam tangan pintarnya yang dikonstruksi untuk menjulang prestasi sukan yang terbaik berbalas susuk rekaan nan sofistikated. Jenama jam tangan mewah yang bermukim di Swiss ini, telah menjadi perintis buat segmen jam tangan pintar mewah sejak tahun 2015 lagi.
Melancarkan dua jam tangan baharu, masing-masing mempamerkan susuk reka bentuk signatur TAG Heuer TAG Heuer Connected Calibre E4 serta akses kepada ekosistem aktiviti sukan yang senantiasa berkembang. Termasuk aplikasi kesihatan dan pemuka paparan jam yang memaparka nkomplikasi kronograf nan ikonik.

Penambahbaikan teknikal secara menyeluruh buat generasi baharu Connected Calibre E4 ini diteruskan lalu kekal dalam menerajui gelanggang jam tangan pintar mewah. Dicitrakan berselubung warisan TAG Heuer yang sekian lama wujud dalam mengimbangi dunia sukan, model 45mm yang direka semula ini mengusulkan penampilan sporty. Manakala, model 42mm pula hadir menawarkan susuk rekaan yang lebih langsing; terus membiaskan keanggunannya. Kedua-duanya mengambil asas desain TAG Heuer Carera pada case-nya yang terbuat daripada keluli dengan layar OLED yang dilindungi dengan kristal nilam.

Menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 4100+, yang merupakan prosesor smartwatch terhebat jaminan TAG Heuer; generasi baharu ini dilengkapi dengan prosesor yang lebih cepat didukung platform Wear OS 2. Fitur lainnya meliputi altimeter, akselerometer, monitor detak jantung, kompas, dan sensor GPS. Versi terbaru ini turut hadir dengan ketahanan bateri yang bertahan sepanjang hari dengan satu kali pengisian. Pengecasnya juga didatangkan dengan konsep baharu secara magnetik terhubung ke smartwatch.
Pautan berkaitan: OMEGA DE VILLE TRÉSOR SMALL SECONDS SUDAH TIBA DI BUTIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.











