Skip to content

Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV 07

TAMBOUR TWENTY PENAKLUKAN ARLOJI TERHEBAT LV

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Melayangkan penghormatan buat ulang tahun ke-20 tahun, penampilan Tambour Twenty terhad kepada 200 unit ini membiaskan versi redux daripada susuk asalnya pada tahun 2002.

Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV 05

Foto Laziz Hamani : Tambour Twenty Edisi Terhad Louis Vuitton

Bergelangang dalam lapangan pembuatan jam hanya selama dua dekad, Louis Vuitton telah membuktikan minat serta semangatnya dalam menggenggam visi yang teguh untuk menciptakan barisan arloji yang cemerlang. Mengimbas kembali pada tahun 2002, Maison ini melancarkan jam tangan yang tercipta cukup unik dinamai Tambour. Berani dan inovatif, ia pasti dikenali sepintas lalu dengan susuk rekaannya yang tidak pernah dilayangkan sebelum ini oleh mana-mana rumah arloji asal Swiss.

Berpunya lakaran bentuk berbentuk bulat yang terlahir daripada bongkah logam, dan rincian horn signaturnya; bersualah jam tangan baharu memasuki pasaran horologi sedunia. Pelancaran ini kemudiannya membuka pintu inovasi dalam menjulang ketukangan pembuatan jam yang selama ini terkambus buat rumah fesyen tersohor ini.

Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV 03

Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, jam tangan flagship Louis Vuitton ini telah berjaya mengolahkan posisi untuk dirinya sendiri dalam lapangan horologi yang terbias mewah. Kehadirannya tidak dijangka, lantas reka bentuknya dijulang menjadi satu ciptaan ikonik dengan begitu cepat. Ia bukan hanya satu projek normal dari rumah fesyen yang tidak bercampur tangan dalam dunia elit pembuatan jam. Menerusi barisan Tambour ini, ia menterjemahkan satu lagi sisi perniagaan yang serius. Sekali gus, memancarkan keghairahan ikhlas Louis Vuitton dalam membawa sesuatu yang baharu kepada dunia horologi.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

Bacaan Lanjut
fesyen musim panas lelaki

FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Bacaan Lanjut