TAMBOUR TWENTY PENAKLUKAN ARLOJI TERHEBAT LV
Dua dekad sudah berlalu, hari ini diperlihatkan perkembangan himpunan Tambour yang mengagumkan dalam mencerminkan kepakaran Louis Vuitton yang tinggi dalam dunia pembuatan jam. Jam tangan ini tampil membiaskan sisi konstruksi yang pelbagai, baik maskulin dan feminin, malah uniseks. Dari berpunya komplikasi GMT, beralih kepada jam tangan penyelam. Juga hadir dalam versi tourbillon yang tipis; Tambour tampil serba elegan, artistik lagi bersentuh jiwa avant-garde.
Mengimbas kepelbagaian siri himpunan ini, Tambour Spin Time GMT yang diperkenalkan pada tahun 2009, tampil dengan kiub berputar menggantikan jarum jam serta indeks untuk memaparkan masa. Di samping, karya minimalisnya bersama Tambour Mystérieuse juga komplikasi pengulangan minit Tambour Carpe Diem berwajah tengkorak gothic serta Tambour Street Diver yang hadir membiaskan energi mudanya. Tambahan lagi, perkenalan jam tangan pintar Tambour Horizon Light Up yang begitu indah buat keluaran tahun lalu.

Demikian untuk meraikan ulang tahun ke-20 tahunnya, digelar Tambour Twenty. Di mana, arloji edisi pengumpul ini dipersembahkan bersama case unik yang sama, diinspirasikan daripada namanya ‘tambour’ ialah dram dalam bahasa Perancis. Berukuran 41.5 mm diameter, konstruksi case-nya dihiasi dengan dua belas huruf yang mengeja ‘Louis Vuitton’ pada sisinya, dilayangkan bersama laman dail berkemasan sun-brushed — saling tidak tumpah seperti susuk rekaan asalnya pada tahun 2002.

Turut membuat kemunculan semula adalah sub-dail yang elegan, dilengkapi dengan paparan jarum kuning panjang kronograf menjulang simbol sejarah benang yang digunakan dalam kerja kulit LV. Di luar estetikanya, Tambour Twenty dikuasakan oleh pergerakan frekuensi tinggi LV277 berdasarkan nadi pergerakan mekanikal ikonik Zenith El Primero. Di mana, menjadi kronograf automatik pertama yang terlaksana dengan rotor emas 22 karat dengan rizab kuasa selama 50 jam. Sekali gus, memberikan ketepatan bacaan buat pecahan sepersepuluh detik. Jam tangan ini juga kalis rintangan air sehingga pada kedalaman 100 meter.

Bagi mengimbangi siri Edisi terhad terhebat ini, Tambour Twenty hanya tersedia terhad kepada 200 unit dan setiap satunya tampil tertera nombor siri pada bahagian belakangnya. Sebagai sentuhan istimewa dalam meraikan kedatangan 200 unit ini, Louis Vuitton turut mengusulkan bekas penyimpanan atau mini trunk yang sudah menjadi simbol buat rumah fesyen asal Paris ini dalam kanvas Monogram.
Pautan berkaitan: Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC
Louis Vuitton Pop-Up Art of Gifting di Suria KLCC Mall, menampilkan seleksi eksklusif hadiah, personalisasi produk & pengalaman imersif.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…
















