TRIO OF PLAYFULNESS
Tiga model TAG Heuer Formula 1 Chronograph hadir dalam percikan rona bertenaga yaitu hijau, kuning dan merah ini bakal membingkiskan deruan energi bak di litar lumba.
TAG Heuer tampil memperkenalkan koleksi TAG Heuer Formula 1 Chronograph. Jam tangan statement bergaya sukan ini dikuasakan oleh bateri lalu benar-benar merakam semangat arloji TAG Heuer Formula 1 yang pertama dari tahun 1980-an. Di mana, ia diraikan kerana diolah dengan sisi karakter dan warnanya yang bertenaga. Jelas sekali perkenalan trio ini bakal menyerlah seri si pemakainya di pergelangan tangan yang juga menggabungkan prestasi tinggi serta berpunya gaya berani.
Estetika seni reka bentuk diperkemas bagi tiga model ini yang tampil agresif. Di tambah lagi percikan warna kontras yang dinamik dengan perincian unik untuk setiap referensi. Dikonstruksi dengan saiz berdiameter 43 mm dalam keluli tahan karat berkemasan efek berus halus, TAG Heuer Formula 1 Chronograph disertakan dengan butang tekan kronograf pada posisi jam 2 dan 4. Bezel berskala tachymeter berlapis PVD hitam tampil menyempurnakan susuk rekaan yang menjulang sensasi sukan lumba Formula 1. Pada bahagian belakangnya pula menampakkan motif bendera balap, melambangkan perlumbaan yang berjaya diselesaikan.
Case yang melindungi laman dail kemasan sunray memaparkan tiga subkaunter kronograf ‘azurage’ yang menambah tekstur, kedalaman serta efek biasan cahaya. Tingkap tarikh bersudut diletakkan pada posisi jam 4, lantas jarum serta indeks disuntik cat kilau Super-LumiNova® putih bagi memperkasakan kebolehbacaan yang cemerlang biarpun pada kelajuan tinggi. TAG Heuer Formula 1 Chronograph disempurnakan dengan tali getah bertekstur yang mana bersedia untuk pemakaian intensiti tinggi.
Pautan berkaitan: Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.