10 BINTANG HOLLYWOOD YANG SEBENARNYA SEORANG MUSLIM
Walaupun Hollywood sering dikecam kerana menyemarakkan sentimen kebencian terhadap agama Islam, hakikatnya terdapat ramai bintang tersohor dari kalangan pelakon, pemuzik dan atlet yang bergelar Muslim.
Sesetengah daripada mereka dilahirkan dalam keluarga beragama Islam, manakala yang lain memeluk agama suci ini ketika dewasa. Antara bintang terkenal yang diketahui sebagai Muslim adalah Mike Tyson, Janet Jackson, serta dua beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid.
Kenali 10 lagi selebriti Muslim yang anda mungkin tidak tahu selama ini
1. Dave Chappelle

Foto: Getty Images
Pelawak tersohor ini memberitahu Time Magazine pada 2005, “Saya tidak bercakap mengenai Islam secara terbuka kerana tidak mahu orang mengaitkan kelemahan diri saya dengan agama indah ini. Dan saya percaya ia adalah agama indah jika anda mempelajarinya dengan betul.”
Dave mendedahkan dia tertarik dengan toleransi dan inklusiviti agama ini pada usia 17 tahun.
2. Mahershala Ali

Foto: Getty Images
Aktor Moonlight ini memeluk agama Islam pada 2000. Sewaktu memberi ucapan kemenangan di pentas Screen Actors Guild 2017, Ali bercakap mengenai kepentingan berkasih sayang walaupun berbeza kepercayaan hidup.
“Ibu saya ‘orang kuat’ gereja, saya seorang Muslim. Dia tidak melenting apabila saya memberitahu menerusi panggilan telefon yang saya telah menukar agama 17 tahun lalu. Kami meletakkan perkara itu di tepi, saya pergi berjumpanya, dia datang bertemu saya, kami saling menyayangi, dan kasih sayang kami semakin berkembang. Perkara itu kecil. Ia tidak begitu penting.”
Mahershala mencipta sejarah sebagai pelakon Muslim pertama memenangi Anugerah Akademi.
3. DJ Khaled

Foto: Getty Images
Penyanyi rap dan penerbit muzik Palestin-Amerika ini berbangga menjadi seorang Muslim. DiIa berkata kepada Esquire pada 2018, “Ia satu kehidupan buat saya. Saya dilahirkan sebagai Muslim, keluarga saya membesarkan saya sebagai Muslim. Ia indah, ia menakjubkan, ia luar biasa dan ia telah memberi banyak rahmat kepada saya dan keluarga.”
Tambah DJ Khaled, Islam membantunya menjadi lelaki yang diinginkannya hari ini.
4. Shanina Shaik

Foto: Getty Images
Model Victoria’s Secret ini dilahirkan dalam keluarga Arab-Pakistan dari belah bapanya, dan Lithuania-Australia dari belah ibunya. “Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga beragama Islam. Selepas ibu bapa bercerai ketika saya berusia tujuh tahun, ibu saya menghormati permintaan bapa saya untuk mendidik kami adik-beradik dengan ajaran Islam.”
Bagaimanapun tidak banyak yang dipelajari daripada ibunya dan setelah dewasa, Shanina diberi ‘lampu hijau’ untuk terus menjadi Muslim atau memeluk apa-apa agama disukai.
5. Aasif Mandvi

Foto: Jaysieganpresents
Pelakon dan pelawak ini mengkritik hakikat bahawa dia menghabiskan banyak masa mempertahankan Islam dan bukannya berdebat secara terbuka mengenainya: “Saya mempunyai hubungan yang rumit dengan agama saya sendiri.”
Aasif mengakui dia bukan seorang Muslim yang taat tetapi Islam sentiasa menjadi sebahagian besar dalam hidupnya.
6. Busta Ryhmes
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(1039x238:1041x240)/Busta-Rhymes-021523-e745642d404e42c59ab6949dcbad639f.jpg)
Foto: Getty Images
Penyanyi hip hop bernama Trevor Tahiem Smith Jr ini berbangga menjadi Muslim dan mengaitkan segala kejayaan yang diraihnya dengan agama Islam. “Saya cuba untuk benar-benar memahami setiap aspek tentang yang Maha Esa. Bagi saya, yang Maha Esa adalah Allah… Dan saya menjalani hidup dengan mengikuti ajaran Islam.”
7. SZA

Foto: Alicia Canter/The Guardian
Penyanyi dan pemilik nama Solana Rowe ini terbuka bercakap tentang pengalaman peritnya membesar dalam keluarga Muslim di New Jersey, kawasan yang kebanyakan penduduknya berkulit putih. “Seseorang membaling batu-bata ke arah masjid ayah saya. Itu sangat pelik. Dikejar oleh budak-budak ketika pulang dari sekolah dan tudung saya ditarik juga sesuatu yang pelik.”
SZA mendedahkan dia berhenti menyarung hijab berikutan serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dan amat menyesali keputusan itu.
8. Akon
Foto: Getty Images
Dilahirkan dalam keluarga berdarah Senegal, Akon memberi kredit kepada agama atas segala kejayaan yang diraihnya sebagai penyanyi dan ahli perniagaan. “Ia membuatkan saya tertanya: Apakah itu kejayaan? Adakah ia kemasyhuran atau kekayaan? Adakah itu mengukur makna kejayaan bagi anda? Atau adakah ia kepercayaan?”.
Katanya, kejayaan sebenar baginya adalah mempraktikkan ajaran agama. “Jika Tuhan tidak tersenyum kepada saya, saya tidak dianggap berjaya walaupun jika mempunyai satu bilion dolar dalam akaun bank.”
9. Shaquille O’Neal

Foto: Getty Images
Bekas pemain bola keranjang profesional ini jarang bercakap mengenai agama dan kepercayaannya. Bagaimanapun dia pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah Haji ke Mekah suatu hari nanti dan menamakan ‘saudara Muslimnya’, Hakeem Olajuwon sebagai salah seorang bintang NBA terbaik sepanjang zaman.
10. Ice Cube

Foto: Getty Images
Dilahirkan sebagai O’Shea Jackson, penyanyi rap ini memeluk Islam selepas memulakan kerjaya solo pada 1990-an. Dalam wawancara bersama The Guardian pada 2000, dia bercakap tentang kepentingan identitinya sebagai Muslim. “Saya menggelar diri saya sebagai Muslim semula jadi, kerana yang wujud hanyalah saya dan Tuhan.” Bagaimanapun Ice Cube mengakui dia bukanlah penganut agama Islam yang taat.
Foto: GQ
Pautan berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
5 TIPS KURANGI BAU MULUT KETIKA BERPUASA
Bau mulut saat puasa adalah sesuatu yang normal kerana kekurangan cecair atau lebih tepat saliva membuatkan bakteria cepat membiak.
AKON JAYAKAN THE SUPERFAN TOUR DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI
Penyanyi Amerika-Senegal, Akon bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam satu konsert yang berlangsung pada 19 November 2024.
TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT
Tommy Hilfiger meraikan kehadiran musim perayaan akhir tahun dengan acara istimewa di Bangkok, Thailand yang menampilkan bintang-bintang Asia Tenggara seperti Fourth Nattawat, Gemini Norawit, Nani Hirunkit dan ramai lagi.
KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA
Justin Bieber dan Hailey Bieber terang-terangan tidak menghormati umat Islam yang sedang menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.