10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI
Senarai pencalonan Oscar 2024 yang diumumkan minggu lalu menyaksikan nama-nama besar Hollywood tercalon.
Antara bintang yang bakal merebut trofi kemenangan tahun ini adalah Cillian Murphy, Emma Stone, Ryan Gosling dan Emily Blunt. Bagaimanapun bukan semua filem lakonan mereka layak meraih Oscar.
Untuk meraikan musim anugerah yang masih hangat terasa, ayuh imbas kembali filem lakonan selebriti hebat yang dinilai sebagai terburuk oleh pengkritik Rotten Tomatoes.
Berikut 10 filem terburuk lakonan calon Oscar 2024
1. Bradley Cooper — Brother’s Justice (2010)
Skor Rotten Tomatoes: 0%
Sebuah mokumentari tentang Dax Shepard yang cuba mengubah haluan kerjaya daripada pelakon komedi kepada bintang seni mempertahankan diri. Bradley Cooper menggalas watak dirinya sendiri.
Ulasan: “Filem ini dipenuhi lawak bodoh yang tidak sepatutnya disiarkan.” – Eric Hynes, Time Out
2. Robert Downey Jr. — Johnny Be Good (1988)
Skor Rotten Tomatoes: 0%
Komedi 80-an lakonan Robert Downey Jr dan Anthony Michael Hall ini berkisar tentang dua kawan baik yang berdepan gangguan daripada senior di sekolah tinggi. Anthony memegang peranan sebagai salah seorang pemain bola sepak kolej terbaik. Robert pula memainkan watak kawan baiknya, Leo.
Ulasan: “Filem ini terlampau teruk. Jurulatih yang melanggar peraturan boleh dipertimbangkan untuk menonton filem ini sebagai hukuman.” – Michael Wilmington, Los Angeles Times
3. Sterling K Brown — Spaceman (2016)
Skor Rotten Tomatoes: 0%
Biopik mengenai pemain besbol Bill Spaceman Lee yang terkenal dengan ketagihan dadah dan mulut lantang. Sterling K Brown menggalas watak salah seorang kawannya, Rodney.
Ulasan: “Aksi sukan, jalan cerita, dialog, lakonan, sinematografi, rekaan produksi, kostum, jenaka — semuanya menghampakan.” – April Wolfe, LA Weekly
4. Emma Stone — Movie 43 (2013)
Skor Rotten Tomatoes: 4%
Filem komedi antologi yang mempunyai 14 bab mini berbeza. Emma Stone berlakon dalam segmen bertajuk Veronica sebagai watak utama di samping Kieran Culkin. Ia mengisahkan tentang perbualan sepasang bekas kekasih yang disiarkan melalui interkom di kedai runcit secara tidak sengaja.
Ulasan: “Jenakanya keterlaluan, dan perkara paling teruk adalah pembikinan filem yang kelihatan cincai.” – Ben Sachs, Chicago Reader
5. America Ferrera — Towards Darkness (2007)
Skor Rotten Tomatoes: 11%
Mengisahkan tentang Jose, lakonan Roberto Urbino, yang diculik demi wang tebusan. Bapanya sanggup melakukan apa sahaja untuk membebaskan anaknya. America Ferrera menggalas peranan sebagai Luiza, teman wanita Jose.
Ulasan: “Seorang individu diculik setiap tiga jam di Columba adalah statistik yang mengejutkan. Justeru banyak yang boleh dipersembahankan secara sinematik. Malangnya Towards Darkness yang membentangkan kes fiksyen berputar-belit gagal mendedahkan kisah sebenar.” – Laura Kern, The New York Times.
6. Mark Ruffalo — All the King’s Men (2006)
Skor Rotten Tomatoes: 12%
Drama politik yang mengisahkan tentang kebangkitan dan kejatuhan Willie Stark (Sean Penn), bakal peguam yang akhirnya menjadi gabenor ‘makan suap’. Mark Ruffalo menggalas peranan kecil sebagai Adam, seorang doktor yang hospitalnya digunakan dalam penipuan diketuai Willie.
Ulasan: “Lakonan keterlaluan dan plot bercelaru menenggelamkan versi baru filem politik seram Robert Penn Warren yang rumit ini.” – Peter Bradshaw, The Guardian
7. Cillian Murphy — Aloft (2014)
Skor Rotten Tomatoes: 16%
Dalam filem ini, Cillian Murphy memainkan watak Ivan, seorang penternak helang yang berhadapan trauma kerana ditinggalkan ibunya sewaktu kecil.
Ulasan: “Sebuah filem yang indah namun kelam secara keseluruhan.” – Lindsey Behr, Associated Press
8. Lily Gladstone — The Last Manhunt (2022)
Skor Rotten Tomatoes: 18%
Berdasarkan kisah benar tentang Willie dan Carlota, dua orang Asli Amerika yang terpaksa melarikan diri ke padang pasir selepas tercetusnya pergaduhan yang mengorbankan nyawa bapa Carlota, William. Lily Gladstone melakonkan watak sebagai Maria, balu William.
Ulasan: “Isu filem ini adalah ia tidak cukup berseni untuk menjadi lebih baik daripada filem ‘posse’ asas.” – Luke Y Thompson, AV Club
9. Emily Blunt — The Huntsman: Winter’s War (2016)
Skor Rotten Tomatoes: 19%
Filem ini merupakan sekuel kepada Snow White and the Huntsman. Emily Blunt menggalas peranan sebagai Queen Freya. Selepas kematian puterinya, dia bertukar menjadi permaisuri ais kejam yang memerintah kerajaannya tanpa rasa cinta dan belas kasihan.
Ulasan: “Apabila orang mengeluh tentang kebergantungan Hollywood pada sekuel dan keuntungan francais murahan, inilah filem yang mereka maksudkan. Ia bukan kisah dongeng agung, sebaliknya cerita yang amat suram.” David Sims, The Atlantic
10. Ryan Gosling — Stay (2005)
Skor Rotten Tomatoes: 26%
Ryan Gosling memainkan watak pelajar kolej bermasalah bernama Henry yang mendedahkan kepada pakar terapinya bahawa dia boleh melihat masa depan. Bagaimanapun realitinya tidak seperti yang diharapkan.
Ulasan: “Ryan Gosling, sama seperti peminatnya, berhak mendapat lebih baik daripada ini.” – Manohla Dargis, The New York Times
Foto: People
Pautan berkaitan: 10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM TERCOROT LAKONAN LIMA AKTOR POPULAR
Walaupun telah meraih kemasyhuran, tidak bermakna filem yang mereka bintangi sentiasa berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
10 AKTOR CEMERLANG YANG TIDAK PERNAH MERANGKUL TROFI OSCAR
Ada beberapa selebriti hebat yang terbukti bakatnya namun tidak pernah memenangi trofi emas Oscar walaupun sudah beberapa kali tercalon.
10 FILEM IKONIK LAKONAN RYAN GOSLING
Glam Lelaki senaraikan barisan filem Ryan Gosling yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik Rotten Tomatoes.
5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA
Kita biasa melihat selebriti lelaki memilih pasangan lebih muda, namun senario sebaliknya kini semakin diterima dan menjadi ikutan di Hollywood.
4 AKTOR TERKENAL YANG PERNAH MENYERTAI KUMPULAN MUZIK
Berkebolehan menyanyi dan berlakon, selebriti-selebriti ini berjaya membuktikan versaliti mereka sebagai anak seni di Hollywood.