Padmanabh atau dikenali sebagai Pacho merupakan ahli keluarga bekas pemerintah Diraja yang memimpin Jaipur di Rajasthan, India. Dia dimahkotakan sebagai ‘Maharaja’ secara tidak rasmi pada usia 13 ketika datuk meninggal dunia. Padmanabh mendapat pendidikan di tiga benua berbeza: Mayo College di India, Millfield School di Amerika Syarikat dan sebuah universiti seni di Itali. Dengan nilai kekayaan kira-kira 3.6 bilion, dia kini merupakan pemain polo berjaya dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana.