Skip to content

‘THIS IS FAMILY’, TARUHAN MANGO KOLEKSI MUSIM LURUH 2021

‘THIS IS FAMILY’, TARUHAN MANGO MAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2021

Kongsikan artikel ini

MANGO MAN BAKAL DIBUKA SEMULA DI MALAYSIA. TEROKAI KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2021 YANG MERAIKAN KEMPEN TEMA KEKELUARGAAN. 

 

Berita baik buat warga Malaysia! Butik jenama Mango bakal dibuka semula dan menantikan kehadiranmu. Seperti yang dikhabarkan, buat masa ini butik Mango di Malaysia akan menawarkan koleksi wanita dahulu, manakala koleksi lelaki akan menyusul tidak lama lagi. We can’t wait!

Sempena koleksi musim luruh/sejuk 2021, Mango mengetengahkan koleksi yang disertai siri kempen bertema keluarga. ‘This is Family’- merupakan taruhan baharu Mango untuk menyemarakkan koleksi baharu, sambil itu memperkasakan falsafah fesyen Mango yang utama. Iaitu mewujudkan komuniti, kebersamaan dan berkongsi memori indah bersama keluarga tersayang. Melalui ini, Mango memaparkan beberapa protagonis yang cukup istimewa iaitu keluarga sebenar. Real people, real stories.

Setiap ahli keluarga berkongsi kisah menarik mereka, merungkai momen intim sesama mereka dan dengan keluarga lain, saat di mana mereka meraikan kekuatan dan keindahan perbezaan yang menjadikannya unik.

Tujuh keluarga terpilih untuk menghiasi kempen ini, yang mana mereka dikehendaki berkumpul dalam satu perjumpaan dengan gaya Mediterranean yang tulen. Keluarga Garcia terdiri daripada tiga generasi; Devyn, ibunya dan neneknya. Adik beradik Clark (Bronte, Carter dan Darcy) muncul bersama ibu mereka, Caroline Barton. Keluarga Dia terdiri daripada saudara Alpha dan Ousseynou dan nenek mereka Birane. 

Protagonis lain termasuk Chabernauds, dengan Clément berperanan sebagai ketua keluarga, ditemani oleh abang dan ayahnya. Terdapat dua pasangan, pasangan Gigi Ringel dan Eeva Lioni dan pasangan Julia Bergshoeff dan Camille Tanoh. Kemesraan mereka ternyata menyuntik inspirasi dalam pelbagai aspek. Yang sewajarnya dijadikan pemangkin semangat. Akhirnya, saudara perempuan Ashley Radjarme dan Shirley Radjarme yang ditampilkan sebagai keluarga terakhir dalam kempen ini.

 

 

Koleksi Mango musim luruh/sejuk 2021 menampilkan ilham dan faktor yang berbeza, supaya setiap orang dapat mencari pakaian yang bersesuaian dengan gaya peribadi mereka.

Fokus utama Mango untuk musim luruh 2021, termasuk jaket dan helaian kait untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. Perihal warna pula, neutral, kuning air, krim, hitam dan putih menjadi tawaran utama. Dengan paduan gaya elegan dan kasual yang lebih relaks dengan gabungan gaya denim. 

Untuk lelaki, helaian sweatshirts dicadangkan sebagai kunci gaya musim ini. Rekaan lain yang turut menjadi highlight ialah deretan sniker yang dijamin menyempurnakan apa jua stail kegemaran.

Sebagai komitmen Mango terhadap kelestarian, khusus kempen ini, Mango akan menggunakan sepanduk iklan yang lebih lestari untuk julung kalinya. Yang akan dipaparkan di sekitar Madrid dan Barcelona. Ia adalah sepanduk bebas PVC, dengan kesan persekitaran yang lebih rendah dalam proses kitar semula. 

#MANGO

Artikel berkaitan: UNIQLO BERKOLABORASI BERSAMA MUSEE DU LOUVRE

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut