14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK
Siapa sangka ramai kerabat Diraja mempunyai bakat dalam bidang sukan.
Raja Charles gemar bermain polo, Putera Harry pernah menyertai pasukan ragbi Eton, manakala Puteri Kate Middleton pula merupakan pemain hoki padang berkemahiran tinggi.
Namun terdapat juga kerabat Diraja yang mengambil satu langkah ke hadapan dengan bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sesetengah daripada mereka pernah terpilih ke Sukan Olimpik, malah ada yang berjaya membawa pulang pingat kemenangan.
Lihat siapakah kerabat Diraja yang pernah menyertai dan memenangi temasya berprestij itu
1. Puteri Anne
Pingat Olimpik: 0
Puteri Anne adalah kerabat Britain pertama bertanding di Sukan Olimpik. Menyertai pertandingan ekuestrian pada Sukan Olimpik Montreal 1976, beliau menunggang kuda ibunya, Goodwill dalam acara yang berlangsung selama tiga hari. Puteri Anne kini merupakan Presiden Persatuan Olimpik British dan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
2. Kapten Mark Phillips
Pingat Olimpik: 2
Bekas suami Puteri Anne ini memenangi pingat emas bersama pasukan ekuestrian Britain pada Olimpik Munich 1972. Dia menduduki tempat ke-35 secara individu.
3. Zara Tindall
Pingat Olimpik: 1
Anak kepada Puteri Anne serta Kapten Mark Phillips mengikut jejak langkah ibu bapanya dan turut bertanding dalam pasukan ekuestrian Olimpik Britain. Pada Sukan Olimpik London 2012, cucu Ratu Elizabeth II ini memenangi pingat perak sebagai ahli pasukan acara ekuestrian Great Britain.
4. Puteri Charlene dari Monaco
Pingat Olimpik: 0
Pada Sukan Olimpik Sydney 2000, Charlene Wittstock, bakal Puteri Monaco mewakili Afrika Selatan dalam acara renang. Beliau merupakan ahli pasukan acara 4×100 meter wanita yang akhirnya menduduki tempat kelima. Pada tahun sama, Charlene bertemu bakal suaminya, Putera Albert II pada pertandingan renang Mare Nostrum di Monaco.
5. Putera Albert II dari Monaco
Pingat Olimpik: 0
Sama seperti isterinya, Putera Albert II juga merupakan peserta Olimpik. Kerabat Diraja Monaco ini mewakili negaranya dalam acara bobsleigh pada lima Sukan Olimpik Musim Sejuk (dari 1988 hingga 2002). Beliau mengambil bahagian dalam pertandingan yang melibatkan dua orang dan empat orang.
6. Raja Felipe VI
Pingat Olimpik: 0
Raja ini merupakan ahli pasukan pelayaran Olimpik Sepanyol pada temasya Barcelona 1992. Pada tahun itu, beliau turut menjadi pembawa bendera pasukan Olimpik Sepanyol.
7. Raja Olav V
Pingat Olimpik: 1
Raja Norway ini memenangi pingat emas dalam pelayaran di Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam.
8. Raja Harald V
Pingat Olimpik: 0
Mengikuti jejak langkah bapanya, Raja Norway ini bertanding dalam acara kapal layar pada tiga Sukan Olimpik musim panas: Tokyo 1964, Mexico City 1968 dan Munich 1972.
9. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Pingat Olimpik: 0
Anak perempuan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktom, Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu ini bertanding dalam acara seni mempertahankan diri di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau merupakan wanita pertama yang membawa bendera kebangsaan UAE pada temasya itu.
10. Puteri Haya bint Hussein
Pingat Olimpik: 0
Anak perempuan Raja Hussein dari Jordan ini juga merupakan penunggang kuda berbakat besar. Beliau mewakili negaranya pada acara ekuestrian di Sukan Olimpik Sydney 2000.
11. Raja Constantine II
Pingat Olimpik: 1
Raja terakhir Greece ini bertanding dalam acara pelayaran di Sukan Olimpik Rom 1960 di mana beliau memenangi pingat emas.
12. Inaki Urdangarin
Pingat Olimpik: 2
Inaki Urdangarin bertanding dalam pasukan bola baling untuk Sepanyol pada Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000. Pasukan itu memenangi pingat gangsa pada tahun 1996 dan 2000. Pada 1997, dia berkahwin dengan Infanta Cristina, anak perempuan Raja Juan Carlos dan Permaisuri Sofia dari Sepanyol, sekali gus menerima gelaran Duke of Palma. Pasangan itu bercerai pada 2023.
13. Puteri Infanta Cristina dari Sepanyol
Pingat Olimpik: 0
Puteri Sepanyol ini bertanding dalam acara pelayaran di Sukan Olimpik Seoul 1988.
14. Putera Bira dari Thailand
Pingat Olimpik: 0
Putera Siam ini berada dalam skuad layar negaranya pada empat temasya Olimpik: Melbourne 1956, Rom 1960, Tokyo 1964, dan Munich 1972.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024
Bakat aksi lagak ngeri Tom Cruise bukan hanya dipaparkan di dalam filem, tetapi juga di luar filem.
CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024
Acara pembukaan Sukan Olimpik tidak pernah gagal memukau penonton dengan persembahan gah dan luar biasa. Tahun ini tidak terkecuali.
JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024
Sepanjang larian, Jin dilihat tersenyum lebar sambil melambaikan tangan ke arah para peminatnya sebagai tanda penghargaan.
JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024
Ahli kumpulan BTS, Jin melakar sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan membawa obor pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.
5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN
Senarai perkahwinan kerabat Diraja dari seluruh dunia yang paling lama bertahan dalam sejarah.
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.