3 PASANGAN SELEBRITI TERMASYHUR & TERKAYA DI ASIA
Rain & Kim Tae Hee (Korea Selatan)
Pasangan popular ini dikenali sebagai ‘pasangan emas’ dalam industri hiburan Korea disebabkan perhubungan mereka yang romantis. Mereka sering dirakam bercanda dengan satu sama lain malah Rain atau nama sebenarnya Jeong Ji Hoon sering memuji isterinya di media sosial.
Mereka juga tidak segan silu bergurau secara terbuka. Kim pernah menghantar trak kopi ke set penggambaran drama lakonan Rain berjudul Ghost Doctor berserta sepanduk dengan nota jenaka, “Dia sangat bijak, tetapi seorang yang pelik jika anda benar-benar mengenalinya.”
Selain pencapaian hebat dalam dunia hiburan serta meraih pendapatan lumayan menerusi lakonan dan pengendorsan, pasangan ini juga dikenali sebagai mogul hartanah. Walau nilai kekayaan Rain dan Kim masing-masing adalah sebanyak RM230 juta dan RM67 juta, mereka turut dilaporkan memiliki beberapa hartanah bernilai RM301 juta. Ini termasuk kediaman yang mereka kongsi bersama di Seoul (RM18.3 juta) dan California (RM8.3 juta).
Selain itu Kim juga memiliki tiga bangunan di Gangnam manakala Rain pula mempunyai sebuah vila mewah dan pusat membeli-belah di Cheongdam.
Walau bergelar jutawan, pasangan ini amat merendah diri dan hidup bersederhana. Menurut portal hiburan Korea, majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2017 hanya menelan belanja sekitar RM7,523.

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA
Selain menjadi bintang di atas pentas buat peminat-peminat mereka, K-Pop idol ini juga menjadi bintang, sebagai seorang bapa buat anak mereka.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
KENALI BYEON WOO SEOK, AKTOR LOVELY RUNNER YANG KINI MENJADI KEGILAAN
Byeon Woo Seok bukanlah wajah baru dalam industri hiburan Korea tetapi nampaknya 2024 adalah tahun untuknya bersinar.
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN
Ramalan peminat bahawa Ranveer Singh dan Deepika Padukone bakal menimang anak kembar nampaknya tidak tepat!











