Skip to content

7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL

Kongsikan artikel ini
1 of 7

Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.

Rafael Nadal bukan sahaja seorang legenda dalam sukan tenis, dia juga cukup dihormati sebagai antara atlet sukan yang paling berjaya dalam sejarah sukan dunia. Awal tahun ini, pemain tenis nombor lima dunia itu memecahkan rekod kemenangan Grand Slam selepas menewaskan pemain nombor dua dunia dari Rusia, Daniil Medvedev untuk menjulang trofi Terbuka Australia 2022. Kemenangan dalam perlawanan selama lima jam dan 24 minit itu meletakkan dia di hadapan Roger Federer dan Novak Djokovic dengan 21 gelaran Grand Slam keseluruhan.

(Photo by Andy Cheung/Getty Images)

 

Berikut adalah tujuh perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Rafael Nadal:

Anak Saudara Pemain Barcelona

(Photo by AOP.Press/Corbis via Getty Images)

Rafael Nadal Perera dilahirkan pada 3 Jun 1986 di Manacor, Mallorca, Sepanyol. Dia dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam sukan, bapa saudaranya merupakan pemain bola professional yang pernah menyertai Juara Dunia 2002. Malahan pada awal keriernya, Rafa lebih dikenali sebagai anak saudara kepada pemain kelab Barcelona, Miguel Angel Nadal sehinggalah dia mula menjadi bualan peminat di pentas tenis antarabangsa.

2000 Les Petits As tournament. (Photo by AOP.Press/Corbis via Getty Images)

 

Baca lebih lanjut: EMINEM, BECK DAN DOLLY PARTON ANTARA PENERIMA NOMINASI ROCK & ROLL HALL OF FAME 2022

1 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
FIFA WORLDCUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

Bacaan Lanjut

RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS

Bacaan Lanjut
coco gauff

BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!

Bacaan Lanjut

MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS

Bacaan Lanjut