Skip to content

EMINEM, BECK DAN DOLLY PARTON ANTARA PENERIMA NOMINASI ROCK & ROLL HALL OF FAME 2022

Kongsikan artikel ini

Bintang rap, Eminem bersama legenda muzik country, Dolly Parton serta penyanyi alternatif, Beck antara yang menerima pencalonan pertama mereka untuk Rock & Roll Hall of Fame pada edisi tahun ini.

Untuk edisi 2022, Rock & Roll Hall of Fame membariskan 17 pemuzik dalam senarai nominasi untuk dimasukkan ke dalam senarai Class of 2022 mereka. Bintang rap, Eminem bersama legenda muzik country, Dolly Parton serta penyanyi alternatif, Beck antara yang menerima pencalonan pertama mereka, selain ikon R&B, Lionel Richie dan kumpulan dari United Kingdom, Duran Duran.

Eminem (Photo by Michel Linssen/Redferns)

Carly Simon yang popular dengan lagu hit “You’re So Vain” turut menerima pencalonan pertama, bersama kumpulan rap, A Tribe Called Quest. Legenda muzik alternatif, Kate Bush; kumpulan rock, Rage Against the Machine; legenda pop, Dionne Warwick; dan kumpulan rock Detroit, MC5 turut menerima nominasi untuk edisi kali ini. Judas Priest, New York Dolls, Fela Kuti, Eurythmics, Pat Benatar dan Devo melengkapi senarai nominasi edisi 2022.

Dolly Parton (Photo by Shirlaine Forrest/WireImage)

Senarai nominasi tahun ini menyaksikan ramai muka baharu yang tercalon buat pertama kali. Bintang rap, Eminem menerima nominasi pertama pada tahun pertama dia layak untuk dicalonkan. Menurut Rock & Roll Hall of Fame Foundation, seorang artis atau kumpulan muzik itu layak untuk tersenarai dalam Hall of Fame selepas 25 tahun lagu komersial pertama mereka membuat debut secara rasmi.

Beck (Photo by Jeff Kravitz/FilmMagic for iHeartRadio)

Seramai 1000 orang pemuzik, pakar sejarah muzik dan ahli professional daripada industri muzik akan mengundi senarai nominasi tersebut, dalam mengambil kira pengaruh, karya seni serta karier setiap calon. Keputusan undian akan diumumkan pada bulan Mei, dan acara ‘pelantikan’ akan diadakan pada September ini.

Foo Fighters (Photo by Arturo Holmes/Getty Images for The Rock and Roll Hall of Fame)

Legenda muzik dunia seperti Tina Turner, Jaz-Z dan Foo Fighters antara yang tersenarai dalam edisi tahun lalu.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
BLACKPINK ATAU BTS, SIAPA MILIKI SUBSCRIBER TERAMAI DI YOUTUBE

BLACKPINK ATAU BTS, SIAPA MILIKI SUBSCRIBER TERAMAI DI YOUTUBE?

Bacaan Lanjut
KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI LAGI

KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI

Bacaan Lanjut

RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022

Bacaan Lanjut
PELAKON LELAKI POPULAR YANG PERNAH MENYERTAI BOY BAND

PELAKON LELAKI POPULAR YANG PERNAH MENYERTAI BOY BAND

Bacaan Lanjut
5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut