Skip to content

TAMPIL BERANI & UNIK, NEW BALANCE SERLAH STAIL TAHUN BARU

Kongsikan artikel ini

NEW BALANCE ANTARA JENAMA GAYA HIDUP YANG TAK TERKECUALI MENGHADIRKAN RANGKAIAN KHUSUS TAHUN BARU LUNAR 2022. KOLEKSI TERBARU DIINSPIRASI DARIPADA BARIS SAJAK ‘IN ME, THE TIGER SNIFFS THE ROSE’ OLEH SIEGFRIED SEASON. 

New Balance meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan koleksi edisi terhad yang diinspirasikan daripada baris sajak ‘In Me, the Tiger Sniffs the Rose’ oleh Siegfried Sassoon dalam karyanya ‘In Me, Past, Present, Future Meet’.

Melalui koleksi ini, New Balance menggalakkan generasi muda khasnya untuk menonjolkan sisi berani dan pada masa yang sama, sisi lembut diri. Menyerlahkan pelbagai aspek keperibadian yang berbeza-beza. 

Bersumberkan semangat tinggi dan tenaga, New Balance memulakan tahun harimau dengan rekaan istimewa yang memfokuskan semangat berani harimau melalui rekaan menarik dan menonjol. Koleksi Tahun Baru Cina daripada New Balance menampilkan rekaan rangkaian model popular 57/40 dan 327 serta rekaan XC-72.

Koleksi 327 direka dalam warna hitam dan perang yang dihiasi tona merah, lantas melambangkan keberanian dan kecekalan. Manakala, koleksi 57/40 memunculkan warna biru gelap dan dihiasi tona merah jambu dan hijau yang melambangkan ketelitian. 

Untuk pilihan yang lain, koleksi XC-72, rekaannya bertujuan menggabungkan elemen indah dan flora melalui padanan warna tanah dan belang harimau, seterusnya mencetus gaya yang lebih berani. Bahan ‘retro suede’ yang terkandung, menampakkan tekstur organik melalui sifat lembutnya. 

Artikel berkaitan: KOLEKSI TERBARU UNIQLO U MUSIM BUNGA 2022 BAKAL TIBA 11 FEBRUARI INI

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut