Skip to content

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Ramai bintang Hollywood menceburi dunia keusahawanan dan melancarkan jenama gaya hidup yang sangat berjaya.

Usaha niaga ini bukan sahaja menjana pulangan besar buat pengasasnya tetapi juga mengukuhkan asas untuk empayar perniagaan yang mampu bertahan lama. Selebriti Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri. Daripada menjadi duta atau wajah jenama fesyen atau kecantikan, mereka memilih untuk menyertai gelombang keusahawanan sekali gus menjana pendapatan besar.

GL senaraikan empat usahawan selebriti Asia yang memiliki jenama gaya hidup sendiri.

4 of 4

Naomi Osaka

Bintang tenis Jepun berstatus selebriti dan juara grand slam empat kali ini meraih kejayaan besar apabila melancarkan barisan produk tabir suria untuk kulit tinggi melanin pada tahun 2021. Pencinta kecantikan menyukai formulasinya yang bersih dengan bahan-bahan berkesan, serta misinya untuk mendidik pengguna tentang penggunaan produk perlindungan matahari yang tepat.

jenama gaya hidup selebriti asia

Foto: Instagram

Dinamakan sebagai Kinlo, gabungan warisan Jepun dan Haiti bintang tenis itu, ia menawarkan produk seperti tabir suria, pelembap berwarna, losen badan dan pelembap gel. Barisan produk inovatif ini meraih sambutan hebat sehingga mencuri perhatian syarikat runcit gergasi, Walmart. Ia kini dijual secara dalam talian dan di 2,500 kedai runcit Walmart di seluruh negara.

 

Foto: Allkpop/Facebook

Pautan berkaitan: SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI

4 of 4

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

Bacaan Lanjut
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

G-DRAGON KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT JELAJAH DUNIA

Bacaan Lanjut

GAYA PUSHING THE BOUNDARIES G-DRAGON

Bacaan Lanjut
7 GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN

TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bacaan Lanjut