Skip to content

5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH

5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH

Kongsikan artikel ini

Filem yang ditunggu-tunggu, The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes akhirnya menemui penonton di layar perak.

Berdasarkan novel terlaris Suzanne Collins, ia merupakan prekuel kepada francais The Hunger Games yang dibintangi aktres popular, Jennifer Lawrence. Bagaimanapun kali ini Katniss Everdeen tidak menerajui.

Filem terbitan Lionsgate ini membawa penonton kembali ke enam dekad sebelum Katniss menawarkan diri sebagai ‘korban’. Kali ini ia memberi fokus kepada Coriolanus Snow ketika muda, sebelum dia menjadi presiden Panem yang zalim. Watak ini dijayakan oleh Tom Blyth manakala karakter dalam trilogi sebelum ini digalas oleh Donald Sutherland.

Ini anda perlu tahu mengenai Tom Blyth, aktor berbakat besar dalam prekuel The Hunger Games

Latar Belakang

Bintang berusia 28 tahun ini merupakan pelakon Inggeris. Dia dilahirkan di Birmingham, United Kingdom dan dibesarkan di pinggir bandar Woodthorpe, Nottingham. Bapanya, Gavin bekerja sebagai pengeluar sabun yang telah lama beroperasi di UK, Coronation Street dan Emmerdale. Ibunya, Charlotte pula bekerja sebagai kaunselor kerjaya yang membuka jalan untuknya menceburi industri hiburan dengan mendaftarnya ke kelas lakonan.

Tom Blyth the hunger games

Foto: Julian Ungano

 

Karya Lakonan Tom Blyth

Aktor ini membuat kemunculan sulung dalam industri perfileman Hollywood pada 2010 menerusi filem Robin Hood yang dibintangi Russell Crowe. Sejak itu dia telah membintangi pelbagai projek seperti Scott and Sid, Benediction dan satu episod rancangan TV The Gilded Age sebagai Archie Baldwin. Dia juga merupakan bintang siri asal MGM+ Billy The Kid.

Tom Blyth the hunger games

Foto: Chris Large/Epix

 

Bergelar Model

Sama seperti pelakon gandingannya Rachel Zegler, Tom Blyth telah bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen mewah. Dalam beberapa bulan lalu dia telah menghiasi kempen Tom Ford dan Zegna serta berjalan untuk Hermès di pentas Minggu Fesyen New York.

Foto: Instagram

Peminat Fanatik The Hunger Games

Walaupun tidak membaca novel karya Suzanne Collins itu, dia amat meminati filem The Hunger Games. “Saya menonton semua filem di pawagam, pada hari pertama ia ditayangkan, bersama ibu dan kakak saya,” katanya kepada Radio Times.

Foto: Lionsgate via AP

 

Karakternya Disamakan Dengan Penyanyi Rap Eminem

Dari segi personaliti, Tom Blyth berkata versi Coriolanus Snow lakonannya sangat berbeza dengan karakter jahat yang dijayakan Donald Sutherland. “Saya rasa penonton akan menikmati versi muda Coriolanus Snow kerana ini adalah versi dirinya yang mereka belum ketahui. Sebelum dia menjadi jahat.”

Bagaimanapun dari segi penampilan terutama potongan buzz perangnya, peminat pantas menyamakannya dengan penyanyi The Real Slim Shady, Eminem. “Saya anak kelahiran Britain yang pernah menjadi peminat Eminem, jadi saya anggapnya sebagai pujian,” katanya.

Foto: Southpawer

 

Foto: V Magazine

Pautan berkaitan: KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut

TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

Bacaan Lanjut