Skip to content

5 FAKTA MENGENAI ROMAIN GAVRAS, KEKASIH BARU DUA LIPA

5 FAKTA MENGENAI ROMAIN GAVRAS, KEKASIH BARU DUA LIPA

Kongsikan artikel ini

Lebih setahun memegang status solo, Dua Lipa akhirnya memperkenalkan teman lelaki barunya kepada dunia.

Dua Lipa dan pengarah Perancis, Romain Gavras menghadiri Festival Filem Cannes bersama untuk tayangan perdana The King of Algiers. Pasangan itu tampil sedondon dalam persalinan serba hitam di karpet merah sambil aksi mesra mereka dirakam lensa kamera.

Dua Lipa Romain Gavras

Foto: Page Six

Menurut Daily Mail, kelibat mereka dilihat buat kali pertama pada Februari lalu kala meninggalkan anugerah BAFTA bersama. Selain membuat penampilan sulung di karpet merah sebagai pasangan, Dua Lipa turut memuat naik beberapa foto romantis mereka di Instagram. “Hier soir à Cannes avec mon cœur,” tulisnya yang bermaksud “Malam tadi di Cannes bersama cinta hati saya.”

Ini yang perlu anda tahu mengenai Romain Gavras, jejaka yang berjaya menawan hati Dua Lipa.

1 of 5

Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni

Romain Gavras dilahirkan pada 4 Julai 1981 di Paris, Perancis. Ibunya, Michele Ray Gavras bekerja sebagai wartawan dan penerbit manakala bapanya Costa Gavras pula merupakan pengarah filem terkenal. Bapanya pernah memenangi anugerah lakon layar terbaik Oscar pada 1982 menerusi filem Missing. Ia berkisar tentang sepasang suami isteri yang mencari anak lelaki mereka yang hilang di Chile.

Foto: Getty Images

“Di rumah, topik perbualan kami hanyalah mengenai politik dan perfileman. Saya tidak dibenarkan menonton Walt Disney ketika kecil. Bahkan saya masih tidak menontonnya sehingga kini. Saya dibesarkan dengan mendengar mitos atau tragedi Yunani. Jadi saya bukan menonton Snow White tetapi cerita mengenai wanita makan anak sendiri. Juga kisah seorang lelaki membunuh ayahnya dan berkahwin dengan ibunya.”

1 of 5

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON

7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON

Bacaan Lanjut
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

Bacaan Lanjut
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

Bacaan Lanjut