5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI
Sky Iskandar seringkali dilihat dengan gaya rambut yang berbeza-beza, sesuai dengan personalitinya yang unik dan berani mencuba benda baharu.
Sky Iskandar mula meraih lebih banyak perhatian dalam dunia seni selepas lakonannya sebagai Megat di dalam filem Kahar: Kapla High Council. Dia juga merupakan seorang model yang cukup dikenali dalam dunia fesyen tempatan. Bukan sahaja terkenal dengan bakatnya, malah gaya rambutnya yang sentiasa nampak effortless. Sama ada berambut pendek atau panjang, messy atau sleek, setiap penampilannya berjaya mencuri perhatian dan menjadi inspirasi ramai. Penampilannya sentiasa memancarkan keyakinan. Setiap gaya rambut yang digayakan Sky berjaya menyerlahkan personalitinya yang versatil, moden, maskulin, dan effortless. Jika anda sedang mencari idea potongan atau gaya rambut baru, berikut ialah lima gaya signature Sky Iskandar yang boleh anda tiru untuk tampil lebih yakin dan bergaya.
#1 Gaya Rambut ‘Megat’
Dengan watak cukup ikonik dari filem Kahar: Kapla High Council, gaya rambut Megat yang pendek dan cukup kemas juga boleh diikuti. Rambut pendek menjadi salah satu gaya rambut yang cukup trending seperti pixie dan buzz cut. Gaya rambut crew cut ini dilihat lebih maskulin dan kuat, cukup sesuai dengan personaliti Sky Iskandar.
#2 Gaya Beralun
Gaya rambut beralun Sky Iskandar turut menjadi kegilaan ramai terutama sekali pengikut-pengikutnya. Ini merupakan gaya signature Sky yang kelihatan sedikit kusut tapi tetap bergaya dengan rambut yang jatuh secara semula jadi dengan sedikit tekstur volum dan tidak terlalu teratur. Gaya rambut ini sesuai untuk acara santai atau sesi bergambar kasual.
#3 Sleek & Clean
Penggayaan sleek ini cukup sesuai dengan Sky lebih-lebih lagi apabila berada di acara-acara penting. Gaya ini kelihatan lebih kemas tetapi masih stylish dan sesuai untuk pelbagai situasi. Gaya ini memberi efek yang tampak dewasa dan penuh keyakinan buat lelaki penuh gaya. Rambut disisir ke belakang dan penggunaan produk rambut yang cukup seperti pomade atau gel rambut bakal mengekalkan gaya ini.
#4 Blonde
Gaya ringkas tapi sangat menonjol. Potongan buzz cut dengan warna platinum blonde beri aura edgy, maskulin, dan moden. Gaya ini menaikkan lagi aura Sky sebagai seorang model. Transformasi rambut blonde bukan sekadar warna, ia merupakan lambang keyakinan dan ekspresi diri.
#5 Long Hair
Ketika Sky masih berambut panjang, ia dibiarkan jatuh secara semula jadi dengan alunan lembut. Untuk gaya rambut seperti ini, tambah sea salt spray untuk tekstur yang santai dan sedikit messy. Gaya messy ini memberikan aura bad boy yang menjadi kesukaan ramai.
Pautan berkaitan: DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Sky Iskandar antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI
Khusus selebriti lelaki yang masih kurang pasti untuk mendapatkan hairstylists yang sesuai, rujuklah enam nama hairstylists berikut.











