5 INFLUENCER MASAKAN YANG BERPENGARUH 2025
Dalam era digital 2025, influencer masakan bukan lagi sekadar berkongsi resipi. Malah mereka menjadi inspirasi harian, dan pencetus ‘trend’ memasak di rumah.
Di Malaysia, Khairul Aming, Sid Murshid, Ahmad Hazwan Ramli, Arieni Adriena dan Hamdan Mubarak antara figura berpengaruh yang mengubah cara rakyat belajar memasak dan memahami dunia kulinari moden. Dari konten mudah di TikTok, dapur profesional, hingga empayar F&B, setiap daripada mereka membawa kisah, identiti dan kepakaran tersendiri. Menjadikan dunia masakan lebih dekat, lebih real, dan lebih menginspirasikan kepada penonton.
#1 KHAIRUL AMING
Kalau anda selalu buka TikTok atau Instagram untuk mencari resipi mudah & sedap, besar kemungkinan anda pernah tersinggah ke profile Khairul Aming. Sejak beberapa tahun lalu, dia telah menjadi ikon dalam dunia masakan digital di Malaysia, dan 2025 menyaksikan dia semakin kukuh sebagai salah satu influencer masakan paling dominan. Siri “30 Hari 30 Resepi” semasa Ramadan menjadi “buku resepi digital” rakyat Malaysia. Bermula dari juadah sahur ke iftar, semua langkah yang ditunjukkan jelas, dan yang paling penting dia menggunakan bahan yang mudah untuk di dapati. Khairul Aming juga membawa unsur keusahawanan moden dengan menghasilkan produk makanan jenamanya sendiri (Sambal Nyet, Dendeng Berapi Nyet & Rendang Nyet Berapi). Pada tahun 2023, dia Khairul Aming telah memenangi anugerah bagi anugerah Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023 sekali gus menjadikan dia juri utama untuk tiktok award tahun berikutnya.
#2 SID MURSHID
Sid Murshid mula dikenali melalui video masakan secara santai dan menghiburkan di Tiktok. Dengan gaya yang membuatkan anda rasa macam tengok kawan masak, bukan chef formal. Dari ‘content creator masakan’ kepada pemilik kafe. Dia kini mengendalikan bisnes cafe miliknya Grey Cafe di Publika, Kuala Lumpur. Perpindahan ini menarik perhatian ramai kerana ia menyahut impian ramai orang dengan menunjukkan bahawa “passion” buat resipi dan content boleh bertukar menjadi realiti dalam dunia F&B.
#3 AHMAD HAZWAN RAMLI
Ahmad Hazwan Ramli merupakan bekas chef di PappaRich Wellington, New Zealand. Dia kini menjadikan media sosial sebagai dapur digitalnya. Hazwan juga turut berkongsi video masakan di Instagram dan TikTok dengan video bersubtitle dan resepi campuran masakan Melayu dan barat yang mudah diikuti. Dia juga turut mempunyai siri masakan “1 Hari = 1 Resepi”. Membuktikan konsistensi dan komitmen terhadap penghasilan content masakan, sambil membina identiti sebagai content creator makanan. Kandungannya mendapat validasi ramai dan bukan sekadar post santai, tapi dihargai di dalam industri.
#4 ARIENI ADRIENA
Nor Arieni Adriena yang merupakan pengasas dan CEO kepada Gula Cakery. Arieni aktif di media sosial seperti Instagram dan TikTok dan sering memuat naik video dan posting di mana dia membantu staff di dapur ketika menerima tempahan pelanggan. Memastikan dessert dan juga ‘main course’ dihantar tepat dan berkualiti. Selain itu, Gula Cakery berkembang daripada dapur rumah kepada empayar F&B bernilai jutaan ringgit. Dengan lebih daripada beberapa outlet di seluruh Malaysia, Arieni mengekalkan standard konsistensi rasa dan kualiti yang sama di setiap outlet.
#5 HAMDAN MUBARAK
Hamdan Mubarak mula dikenali melalui video resepi mudah dan menarik di platform seperti TikTok dan Instagram. Dia dikenali dengan gaya memasak yang ringkas dari lauk harian hingga ke masakan fusion. Hamdan juga seringkali berkongsi resepi dan lauk mudah untuk sahur serta berbuka sepanjang Ramadan 2025. Dia juga aktif dalam menghasilkan content masakan seperti siri “Ramadan Bersama Hamdan”, menjadikan dirinya antara pengaruh besar ketika bulan puasa. Dengan lebih daripada sejuta pengikut di Instagram Hamdan merupakan salah satu food influencer paling konsisten di media sosial. Dia menunjukkan bahawa dengan kreativiti dan dedikasi, seorang lelaki biasa turut boleh mengubah dapur rumah menjadi platform inspirasi kulinari.
Artikel Berkaitan: FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAMSUNG GALAXY Z FOLD6 PINTU GERBANG KREATIVITI DAN INOVASI,” SID MURSHID
Impian Sid Murshid terus berkembang, Galaxy Z Fold6 kekal sebagai teman setia. Dari membantunya mencari idea hingga urus kafe.
ENGGAN KUTIP DERMA BANJIR DI KELANTAN, 5 PERKARA BUAT KHAIRUL AMING DIKAGUMI ANAK MUDA!
Khairul Aming menasihati generasi muda yang bercita-cita menjadi pencipta kandungan agar menamatkan pelajaran mereka terlebih dahulu.







