5 LAGU TERBAIK NYANYIAN JACKSON WANG
Jackson Wang, artis kelahiran Hong Kong yang mula dikenali sebagai ahli kumpulan K-pop GOT7, kini semakin menyerlah sebagai artis solo. Dengan bakat luar biasa dalam menyanyi, menari dan juga penerbitan muzik, Jackson berjaya membina identiti muziknya sendiri yang unik dan penuh emosi. Berikut adalah lima lagu terbaik nyanyian Jackson Wang yang patut didengari oleh semua peminat muzik. Sebelum konsert “MAGIC MAN 2” live in Kuala Lumpur tiba.
LMLY (Leave Me Loving You)
Lagu ini merupakan antara karya solo Jackson yang paling menyentuh hati. Dengan melodi pop retro dan lirik yang menggambarkan kisah cinta bertepuk sebelah tangan, “LMLY” bukan sahaja menonjolkan vokal lembutnya, tetapi juga sisi emosional yang jarang dilihat dalam lagu-lagu pop biasa.
100 Ways
“100 Ways” merupakan lagu breakthrough bagi Jackson di peringkat antarabangsa. Gabungan elemen muzik timur dan barat dalam lagu ini menjadikannya unik dan memukau. Video muziknya yang artistik dan koreografi yang kreatif menambahkan daya tarikan lagu ini. Konsep samurai untuk muzik video ini sangat menarik dan menjadi kegemaran GLAM Lelaki.
Blow
Dengan genre rock-pop yang upbeat dan berani, “Blow” menunjukkan sisi berbeza Jackson Wang. Lagu ini menampilkan vokal yang lebih mantap dan bertenaga, menjadikannya antara lagu paling menonjol dalam diskografinya.
Drive You Home
Lagu ini menggabungkan cerita naratif yang kuat dengan melodi yang mendalam. Jackson menulis dan menerbitkan lagu ini sendiri, menjadikannya ia bersifat lebih peribadi. “Drive You Home” kolaborasi bersama Internet Money mengisahkan tentang kenangan cinta lama dan kesedihan yang masih dirasai, mencerminkan kedewasaan emosinya sebagai seorang penyanyi.
Blue
“Blue” ialah antara lagu dari album MAGIC MAN yang menyerlahkan sisi introspektif Jackson. Liriknya yang puitis dan susunan muzik yang minimalis membolehkan vokal Jackson benar-benar bersinar, membawa pendengar menyelami emosi dan perjalanan batinnya.
Artikel berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.











