5 PENYOKONG TEGAR JOHNNY DEPP DARI KALANGAN BINTANG HOLLYWOOD
Winona Ryder dan Vanessa Paradis
Walaupun percintaan Johnny dengan pelakon Winona Ryder dan penyanyi Perancis Vanessa Paradis gagal, nyata kedua-duanya masih memandang tinggi dirinya.
Dalam kes saman fitnah berasingan yang difailkan oleh bintang Pirates Of The Caribbean itu terhadap tabloid UK, The Sun kerana menggelarnya sebagai ‘kaki pukul isteri’, Winona dan Vanessa membela pelakon itu dengan memberi keterangan sebagai saksi bahawa mereka tidak pernah dikasari.
“Kenyataan yang menggambarkannya sebagai seorang yang ganas amat jauh dengan Johnny yang saya kenali dan sayangi. Dia tidak pernah mengasari saya sama sekali. Saya tidak pernah melihat dia mengasari atau mendera sesiapa pun,” kata Winona.
Vanessa turut menulis, “Daripada pengalaman hidup bersamanya selama bertahun-tahun, Johnny tidak pernah mengasari atau memukul saya.”

Foto: Sky News
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











