Skip to content

5 PUTERI JELITA YANG BAKAL MEWARISI TAKHTA DI EROPAH

5 PUTERI JELITA YANG BAKAL MEWARISI TAKHTA DI EROPAH

Kongsikan artikel ini

Ratu Elizabeth II melakar sejarah dalam tempoh pemerintahannya selama 70 tahun. Baginda juga dianggap sebagai pemegang takhta paling ikonik walaupun selepas kemangkatannya.

Justeru bagaimana pula dengan generasi Ratu Eropah yang akan datang? Barisan pewaris Diraja Britain diterajui oleh lelaki – daripada Putera Charles kepada Putera William dan Putera George. Bagaimanapun terdapat beberapa puteri yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan di Eropah.

Semak gerangan yang bakal menaiki takhta sebagai ratu suatu hari nanti

1. Puteri Mahkota Victoria, Sweden

Foto: Getty Images

Victoria Ingrid Alice Desire, Duchess of Vastergotland merupakan cahaya mata sulung kepada Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia. Dilahirkan pada 1977, dia bakal menaiki takhta sebagai ratu selepas penggubalan Akta Perwarisan pada 1980.

Akta itu kini membenarkan puteri menjadi pewaris tampuk pemerintahan. Victoria bakal menjadi monarki wanita keempat dalam sejarah negara itu dan ratu pertama yang memerintah sejak Isabella II pada tahun 1800-an.

 

2. Puteri Leonor, Sepanyol

Foto: Getty Images

Permaisuri Letizia merupakan rakyat biasa bergelar janda yang sanggup menamatkan kerjayanya dalam bidang kewartawanan untuk berkahwin dengan Raja Sepanyol, Felipe VI. Dia bergelar permaisuri pada 2014 setelah bapa mentuanya, King Juan Carlos I turun takhta akibat pemerintahan penuh skandal.

Cahaya mata sulungnya, Leonor yang baru berusia 19 tahun telah dipersiapkan untuk memegang takhta sebagai ratu suatu hari nanti. Dia menamatkan pengajian di kolej berprestij, UWC Atlantic College di Wales, United Kingdom dan telah pun menyertai latihan ketenteraan selama tiga tahun.

 

3. Puteri Mahkota Amalia, Netherlands

Foto: Getty Images

Puteri Leonor pernah menuntut di kolej yang sama dengan Puteri Alexia, adik kepada Puteri Mahkota Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria. Bapa Amalia, Raja Willem-Alexander menjadi pemerintah Netherlands setelah neneknya, Ratu Beatrix turun takhta pada 2013.

Amalia berharap diberi tempoh persediaan yang panjang sebelum diminta menaiki takhta menggantikan ibunya, Permaisuri Maxima. Dia disifatkan sebagai puteri yang merendah diri kerana enggan menerima elaun tahunan berjumlah RM7.4 juta yang sepatutnya diberikan kepadanya bermula tiga tahun lalu setelah usianya menginjak 18 tahun.

 

4. Puteri Elisabeth, Belgium

puteri eropah bakal naik takhta

Foto: Pinterest

Apabila datuknya, Putera Albert turun takhta pada 2013, Elisabeth bakal menjadi pewaris yang seterusnya setelah ibu bapanya, Raja Philippe dan Permaisuri Mathilde mengambil alih tampuk pemerintahan. Juga merupakan pelajar di UWC Atlantic College, Duchess of Brabant yang berusia 22 tahun itu dilahirkan selepas sedekad Belgium menggubal akta yang membenarkan puteri sulung mewarisi takhta pada 1991.

 

5. Puteri Ingrid Alexandra, Norway

puteri eropah bakal naik takhta

Foto: Pinterest

Bapa Ingrid, Putera Mahkota Haakon merupakan satu-satunya anak lelaki Raja Harald V dan Permaisuri Sonja, dan menjadi pewaris takhta yang seterusnya walau mempunyai seorang kakak, Puteri Martha Louis. Namun pada 1991, akta perwarisan digubal yang membenarkan cahaya mata sulung mewarisi takhta tanpa mengira jantina.

Haakon berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pewaris seterusnya dan Ingrid bakal mewarisi serta bergelar ratu suatu hari nanti. Buat masa ini dia dilaporkan sedang mempelajari ilmu mengendalikan kapal terbang malah sanggup mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran Itali ketika cuti musim panas demi mencari pengalaman, menurut Hola!.

 

Foto: Pablo Cuadra/Ida Bjørvik, Det Kongelige Hoff

Pautan berkaitan: PERSAMAAN ANTARA PUTERI DIANA & PUTERI MAKO YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AGONG KE-XVII

SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII

Bacaan Lanjut
5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO

Bacaan Lanjut
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

Bacaan Lanjut
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

Bacaan Lanjut
PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut