5 SKANDAL TERBESAR YANG MEMBAWA KEPADA KEMASYHURAN JAKE PAUL
Pada usia 27 tahun, Jake Paul merupakan salah seorang pempengaruh paling popular dalam industri hiburan.
Kontroversi dan skandal yang dicetus terus mendorongnya kepada populariti dan kekayaan. Lebih 20 juta pengikut setia menonton keletahnya di YouTube, dan walaupun dia disingkirkan dari Disney Channel pada 2017, Jake memanfaatkan reputasi buruknya untuk kekal relevan.
Kini dia mencipta nama dalam dunia tinju dengan menewaskan nama-nama besar seperti Nate Robinson, Ben Askren, Tyron Woodley dan Anderson Silva. Baru-baru ini menumpaskan petinju legenda Mike Tyson menerusi pertarungan terbesar dalam kerjayanya. Ia merupakan aksi tinju pertama yang disiarkan secara langsung oleh platform penstriman Netflix.

Foto: AP
Dalam satu wawancara pada 2020, Jake berkata tinju mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya berbanding berlakon, mencipta muzik dan menghasilkan kandungan YouTube. “Saya bangun pagi setiap hari dengan penuh semangat. Dari situlah datangnya minat, kerja keras dan dedikasi,” katanya.
Lihat bagaimana Jake Paul menjadi pempengaruh paling popular dan paling dibenci pada masa sama
1. Mencetus Kekacauan Di Kawasan Kejiranan
Seperti personaliti YouTube lain termasuk abangnya Logan Paul, Jake memulakan kerjayanya menerusi Vine pada 2013. Saat Vine ditamatkan, dia mempunyai lebih 5.3 juta pengikut dan dua bilion tontonan di aplikasi tersebut yang terhibur dengan jenaka dan aksi beraninya.
Kemasyhuran di kalangan anak muda membuka peluang untuknya menjadi bintang Disney Channel menerusi siri Bizaardvark. Dia ditawarkan watak sebagai Dirk, hos segmen video dalam siri ala YouTube yang dipanggil Dare Me Bro.
Bagaimanapun dia dipecat setahun selepas rancangan itu ditayangkan setelah jiran-jirannya membuat aduan tentang kekacauan yang dilakukannya. Jake dilaporkan memulakan kebakaran di halaman rumahnya, melakukan aksi ngeri menaiki motosikal dan menyediakan gelongsor air gergasi sebelum menjemput peminat datang ke rumahnya beramai-ramai.

Foto: YouTube
Aksi-aksi itu turut dirakam dan dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, yang mempunyai lebih 8.5 juta pengikut. Disebabkan aduan yang dibuat, dia disaman oleh syarikat perumahan sebanyak USD2.5 juta.
Selepas dipecat Disney, Jake mengumumkan dia akan beralih kepada dunia lakonan dewasa dan memberi tumpuan kepada saluran YouTube, perniagaan, dan jenama peribadinya.
2. Cuba Menipu Pengikutnya Dalam Perniagaan
Bisnes yang diusahakan pempengaruh ini memberi fokus pada program pendidikan. Jake memberitahu pengikut-pengikut mudanya bahawa pendidikan tidak penting dan mereka perlu mengikut jejak langkahnya yang tidak belajar tinggi namun tetap kaya dan popular. Dia juga menghina profesion guru dengan menghasilkan lagu My Teacher.
Jake kemudiannya cuba memulakan program pendidikan sendiri yang dipanggil Edfluence pada 2018. Secara teori, dia mengajar pengikutnya tentang cara untuk menjadi pempengaruh dan menjana wang melalui usaha dalam talian seperti yang dilakukannya.

Foto: The Daily Dot
Pengikutnya diberitahu mereka hanya perlu membayar USD7 untuk mendapatkan kesemua video tentang cara-cara menjadi pempengaruh berjaya. Namun selepas membuat bayaran, mereka menyedari hanya diberikan tip asas yang ringkas dan jika mahu mendapat keseluruhan video, mereka perlu membayar tambahan USD57. Pencipta kandungan lain menggelarnya sebagai penipuan terbesar.
Lebih teruk, pengikut yang membayar USD57 dijanjikan peluang untuk menyertai Team 1000 yang diasaskannya. Itu juga tidak menjadi kenyataan. Laman web Edfluence kini tidak lagi wujud, bermakna mereka yang membayar USD64 tidak boleh lagi mengakses video-video tersebut.
Pada 2020 Jake melancarkan satu lagi platform pendidikan berasaskan langganan yang dipanggil Financial Freedsom Movement. Ia mempunyai asas sama seperti Edfluence dengan bayaran USD19.99 untuk membuat akaun.
3. Menghasilkan Video Kontroversi Dan Memberi Komen Bersifat Perkauman
Banyak video Jake mendapat kecaman kerana berunsur seksual dan ganas yang tidak sesuai untuk penonton muda. Salah satunya vlog pada 2018 yang menampilkan foto separuh bogelnya bersama teman wanita Erika Costell sebagai thumbnail. Video itu disekat YouTube, dan dipadam Jake tidak lama kemudian. Bagaimanapun itu tidak menghalangnya untuk terus menghasilkan video berunsur lucah.

Foto: Newsweek
Jake juga mencetuskan kontroversi setelah dirakam menggunakan perkataan ‘Nigger’. Pada 2018, TMZ berkongsi sebuah video Jake daripada Coachella pada tahun 2015. Dalam klip berdurasi 49 saat itu, dia menyanyikan lagu Throw Sum Mo oleh Rae Sremmurd dan menyebut perkataan ‘Nigger’ sebanyak dua kali. Klip itu meraih kecaman namun perhatian netizen beralih dek video ‘forest suicide’ yang dimuat naik abangnya, Logan beberapa hari kemudian.
4. Menceroboh Lokasi Kejadian Jenayah
Pada Mei 2020, Jake dan rakan-rakannya memuat naik video keberadaan mereka di pusat beli-belah Scottsdale Fashion Square di Scottsdale, Arizona. Jelasnya, mereka berada di sana untuk menyertai protes George Floyd serta merakam rompakan dan vandalisme di pusat membeli-belah tersebut.
Disebabkan itu pihak polis membuka fail siasatan terhadapnya dan dia didakwa menceroboh lokasi kejadian jenayah dan menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Lebih dua bulan kemudian, FBI menggeledah rumah agamnya untuk menyiasat penglibatannya dalam rompakan di Scottsdale Fashion Square dan berjaya merampas beberapa senjata api.

Foto: NBC Los Angeles
5. Melakukan Serangan Seksual
Pada April 2021, dua wanita tampil dengan pertuduhan serangan seksual terhadap Jake. Pertama adalah Justine Paradise yang mempunyai lebih setengah juta pengikut TikTok. Dia memuat naik sebuah video berdurasi 20 minit yang menuduh Jake melakukan penderaan seksual dan memaksanya melakukan aksi seks di bilik tidurnya pada Julai 2019. Bagaimanapun Jake menafikannya.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x0:751x2)/Justine-Paradise-Jake-Paul-3957e5e44c9c4a93833f664dfc1dcd2f.jpg)
Foto: People
Beberapa hari kemudian, aktres dan model Railey Lollie pula mendakwa Jake meraba tubuhnya tanpa izin pada 2017. Railey mempunyai pengalaman bekerja dengan pempengaruh itu ketika dia berusia 17 tahun.
“Saya bekerja dengan Jake selama berbulan-bulan, dan saya tahu perangai sebenarnya di sebalik tabir. Amat berbeza dengan apa yang ditonjolkannya kepada umum,” katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada Jake pernah disiasat atau disaman atas tuduhan itu. Dalam kemas kini terbaru, Railey berkata dia menerima ancaman bunuh yang dihantar menerusi mesej peribadi.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JEJAKA PALING BERPENGARUH DI INTERNET
Keputusan yang diperolehi merupakan hasil kajian oleh SurveyMonkey Audience ke atas 1,040 orang.