5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Dalam dunia fesyen dan gaya hidup lelaki yang semakin berkembang, kehadiran figura-figura generasi baharu yang bukan sahaja bergaya tetapi juga mempunyai persona yang kuat semakin menjadi perhatian. Mereka meraih populariti dari media sosial, kini menjadi rebutan jenama lokal kerana bukan sahaja rupa paras mereka, tetapi juga personaliti dan pengaruh yang dibawa bersama. Berikut adalah lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal:
BROYAWN
Broyawn dikenali dengan gaya streetwear yang bersih, kemas dan ‘on point’, menjadikannya wajah sesuai untuk jenama yang menampilkan estetika moden dan santai. Karismanya yang tenang tetapi penuh keyakinan menjadikannya ikon fesyen lelaki urban masa kini. Broyawn pernah menghiasi banyak kempen jenama streetwear lokal, seperti ‘Could Kill You’, ‘Against Lab.’ & ‘SVG Worldwide’.
FAHD DHAF
Fahd membawa aura edgy, cool dan berani dalam setiap penampilannya. Dengan sentuhan streetwear dan keberanian bermain dengan warna serta potongan, Fahd sering menjadi pilihan jenama. Tambah lagi, gaya rambut panjang Fahd meningkatkan lagi keunikkannya. Selain aktif sebagai model runway, Fahd banyak terlibat dengan jenama-jenama global untuk kempen pasaran Malaysia. Seperti JD Sports, Levi’s, New Balance dan banyak lagi.
PIPI RAZI
Dengan wajah maskulin, segak dan personaliti bersahaja, Pipi Razi mempunyai daya tarik tersendiri yang memikat lensa kamera. Gaya kasual chic yang dibawa Pipi membuatkan dia sesuai untuk jenama yang mengutamakan sentuhan unik dalam koleksi mereka. Pipi Razi pernah menghiasi kempen beberapa jenama Malaysia, seperti Zeve Shoes, Asal Lelaki, Tulus dan banyak lagi.
MAX TOWLE
Model kacukan yang sering tampil dalam kempen-kempen visual menarik, Max mempunyai daya tarikan antarabangsa. Penampilannya yang sofistikated dan elegan menjadikan dia pilihan ideal untuk jenama yang ingin menyampaikan mesej global melalui kempen mereka. Max telah lama menceburi bidang modelling, namun disebabkan viral di TikTok, namanya mula menjadi sebutan.
HADRI HASHIM
Hadri Hashim dikenali dengan gaya yang versatile dan personaliti yang mudah didekati. Dia membawa aura segar dalam dunia fesyen lelaki tempatan, dan sering menjadi pilihan jenama lokal yang mahu menampilkan imej moden dan relevan dengan generasi muda. Hadri juga antara model lelaki yang paling laris sewaktu musim raya Aidilfitri.
Kelima-lima figura ini bukan sahaja mewakili gaya, tetapi juga membawa naratif tersendiri yang memperkayakan identiti jenama tempatan.
Artikel berkaitan: ISAAC VOO, HAN JISUNG DAN 5 LAGI BINTANG KOREA INI BERKAIT DENGAN MALAYSIA!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.











