6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Bakatnya yang versatil serta kemampuan membawakan pelbagai watak menjadikannya kegemaran ramai penonton.
Sepanjang kerjayanya, berikut adalah enam drama hebat lakonan Hun Haqeem yang menjadi pilihan GLAM Lelaki;
Mandul Bukan Pilihan (2024)
Dalam drama sarat emosi ini, Hun membawakan watak suami yang terperangkap antara kasih sayang dan tekanan masyarakat terhadap isu kesuburan. Lakonannya yang matang dan menyentuh hati menjadikan drama ini trending dan mendapat pujian ramai. Gandingan mantap Hun bersama Mira Filzah ternyata punya keserasian.
Kampung People (2021)
Dalam drama komedi popular ini, Hun memegang watak Jaafar yang lucu dan menghiburkan. Keberkesanannya dalam genre komedi membuktikan keupayaannya membawa watak dengan pelbagai nuansa.
From Saga With Love (2023)
Hun tampil dengan watak lelaki yang simple dan bersahaja namun romantik dalam drama ini. Jalan cerita yang santai dan menyentuh perasaan menjadikan lakonan Hun lebih dekat di hati penonton.
Honey Minta Maaf (2024)
Dalam drama ini, Hun bergandingan dengan Anna Jobling dalam kisah cinta yang sarat konflik dan pengorbanan. Persembahan Hun yang berkesan menjadikan jalan cerita lebih menyentuh emosi, dan drama ini menjadi antara trending di platform penstriman.
Angkara Cinta (2020)
Antara drama awal yang menaikkan nama Hun, Angkara Cinta menyaksikan beliau memegang watak utama sebagai Luqman. Berlakon disamping Meerqeen dan Wanna Ali. Watak ini menonjolkan ketegasan, konflik emosi, dan sisi romantik yang memperlihatkan potensi besar Hun dalam dunia lakonan.
Cari Aku Di Syurga (2019)
Ariff, watak yang dibawakan oleh Hun Haqeem, adalah jejaka yang digandingkan dengan Lisa (lakonan Janna Nick) oleh ibunya. Peranan ini dianggap antara penampilan sulung Hun dalam drama bersiri dan turut menyumbang kepada pendedahan awal dalam kariernya
Hun Haqeem kini terus membina nama sebagai pelakon versatil yang mampu menyerlah dalam pelbagai genre dan watak, menjadikan beliau antara pelapis terbaik dalam industri hiburan Malaysia.
Artikel berkaitan: 6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.
STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.