Selepas tiga bulan terpisah disebabkan jadual latihan dan protokol Covid-19, atlet hoki ais, Blayre dan tunangnya, Ryan yang merupakan atlet kereta luncur bertemu semula di upacara pembukaan Olimpik Beijing. Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka kepada peminat pada April tahun lalu. “Namakan tempat lebih hebat untuk bertemu semula tunang anda setelah tiga bulan berjauhan,” tulis Blayre sebagai kapsyen pada foto mereka yang dikongsi di Instagram.