Beberapa hari lalu Hollywood Wax Museum mendedahkan patung Billie Eilish yang diinspirasikan daripada gaya karpet merah Oscar 2020. Ia dengan pantas menerima kritikan netizen di media sosial kerana dikatakan tidak menyerupai Billie. Walaupun beberapa elemen seperti rambut dan kuku dilihat menyerupai penyanyi itu, namun wajahnya dianggap ‘jauh panggang dari api’.
Selepas setahun diabadikan dalam bentuk patung marmar di Met Gala, Rihanna menerima satu lagi pengiktirafan istimewa - kali ini daripada Madame Tussauds.