6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN
Kerabat Diraja Britain meraih banyak liputan media, namun kadangkala pasangan merekalah yang paling banyak mencuri perhatian dunia.
Contoh paling dekat adalah isteri Putera William dan Putera Harry, Kate Middleton dan Meghan Markle. Daripada pilihan fesyen kepada kehidupan pra-Diraja, gerak-geri kerabat dari kalangan rakyat biasa amat menarik perhatian ramai. Ini kerana mereka pernah melalui kehidupan biasa sama seperti kita.
Sama ada anda peminat The Crown atau tidak, pasti anda sudah biasa dengan beberapa nama yang menyertai keluarga Diraja seperti Permaisuri Camilla, Puteri Kate Middleton dan Meghan Markle.
Ini beberapa lagi individu biasa yang bergelar kerabat Diraja Britain melalui perkahwinan
1. Sophie, Duchess of Edinburgh
Pasangan: Putera Edward, Duke of Edinburgh
Sophie, 59, berkahwin dengan Putera Edward, 60, adik bongsu Raja Charles ini sejak tahun 1999. Sebelum menyertai keluarga Diraja Britain, dia bekerja dalam bidang perhubungan awam. Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia 21 tahun, Lady Louise Windsor.
2. Timothy Laurence
Pasangan: Anne, Princess Royal
Anak kedua dan puteri tunggal Ratu Elizabeth II dan Putera Philip ini mendirikan rumah tangga dengan Timothy Laurence, 69 pada 1992. Timothy merupakan pengiring Diraja Ratu dari tahun 1986 hingga 1989. Kini berusia 74 tahun, Anne memiliki dua anak, Zara Tindall dan Peter Phillips hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, penunggang kuda British Mark Phillips. Perkahwinannya dengan Timothy tidak dikurniakan cahaya mata.
3. Birgitte van Deurs Henriksen, Duchess of Gloucester
Pasangan: Putera Richard, Duke of Gloucester
Berasal dari Denmark, Birgitte berkahwin dengan Putera Richard, 80 pada 1972. Sama seperti Ratu Elizabeth, Putera Richard merupakan salah seorang cucu George V. Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata.
4. Katharine, Duchess of Kent
Pasangan: Putera Edward, Duke of Kent
Duchess of Kent jarang membuat penampilan umum, tetapi tahun lalu dia melangkah keluar untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-62 dengan suaminya, Putera Edward. Katharine, 91 dan Putera Edward, 89 bergelar suami isteri sejak 1961. Mereka mempunyai tiga cahaya mata dan salah seorang cucu mereka, Lady Amelia Windsor kini mencipta nama sebagai model dan aktivis alam sekitar.
5. Edoardo Mapelli Mozzi
Pasangan: Puteri Beatrice
Puteri Beatrice, 36 secara teknikalnya bukanlah anggota kanan, bagaimanapun dia telah menjadi kerabat Diraja Britain selama bertahun-tahun. Anak perempuan Putera Andrew dan bekas isteri, Sarah Ferguson berkahwin dengan Edoardo Mapelli Mozzi, 40 pada 2020. Menurut Town & Country Magazine, Edoardo merupakan ketua pegawai eksekutif firma hartanah.
6. Jack Brooksbank
Pasangan: Puteri Eugenie
Adik Puteri Beatrice iaitu Puteri Eugenie, 34, berkahwin dengan Jack Brooksbank, 37, pada 2018. Menurut Standard Evening, Jack pernah bekerja sebagai Pengurus Komersial Eropah untuk jenama minuman keras George Clooney, Casamigos.
Foto: AP
Pautan berkaitan: 5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA
Selain Camilla, Kate Middleton dan Meghan Markle, lihat beberapa lagi rakyat biasa yang bergelar kerabat Diraja Britain melalui ikatan perkahwinan.
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?
Sukar untuk melihat Putera William dan anak isterinya memakai warna lain selain biru, seolah-olah ia adalah peraturan. Apakah sebabnya?
5 FAKTA MENGENAI MILENIAL TERKAYA UK, DUKE OF WESTMINSTER HUGH GROSVENOR
Seawal usia 25 tahun, dia telah pun mewarisi gelaran Duke of Westminster dan mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang luas.
MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.