Skip to content

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown memberi petunjuk telah bertunang dengan anak John Bon Jovi, Jake Bongiovi baru-baru ini. Bagaimanapun mereka bukan satu-satunya pasangan selebriti yang memilih untuk berkahwin muda.

Aktres berusia 19 tahun itu berkongsi foto dirinya dan Jake Bongiovi, 20 sedang berpelukan di Instagram minggu lalu. Jelas kelihatan sebentuk cincin bertatah berlian di jari manisnya. Ini sekali gus mengundang spekulasi bahawa mereka telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

As Millie Bobby Brown is engaged to Jake Bongiovi - a look at other celebrities who married young | Daily Mail Online

Dia menulis di ruangan kapsyen, “I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all.” Ia merupakan barisan lirik daripada lagu Taylor Swift berjudul Lover. Jika berita pertunangan ini benar, mereka bakal menyertai beberapa lagi selebriti yang menamatkan zaman bujang terlalu muda, sebelum sempat mencecah usia 20 tahun.

Siapakah artis yang berkahwin ketika berusia belasan tahun?

1 of 7

Kim Kardashian

Usahawan dan bintang realiti ini bergelar isteri buat kali pertama pada usia 19 tahun. Dia berkahwin dengan penerbit muzik Damon Thomas pada tahun 2000. Pasangan itu hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Foto: Pinterest

Pada 2018, dia menyindir perkahwinannya dalam satu episod Keeping Up With The Kardashians dengan berkata bahawa dia tersilap membuat percaturan dan berkahwin kerana mengambil pil ekstasi. “Saya ambil pil ekstasi buat kali pertama, tiba-tiba saya mempunyai suami. Saya ambil kali kedua, muncul pula pita seks.” Kim Kardashian kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Kris Humphries dari 2011 hingga 2013 dan Kanye West dari 2014 hingga 2022.

1 of 7

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

Bacaan Lanjut
KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut