Skip to content

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown memberi petunjuk telah bertunang dengan anak John Bon Jovi, Jake Bongiovi baru-baru ini. Bagaimanapun mereka bukan satu-satunya pasangan selebriti yang memilih untuk berkahwin muda.

Aktres berusia 19 tahun itu berkongsi foto dirinya dan Jake Bongiovi, 20 sedang berpelukan di Instagram minggu lalu. Jelas kelihatan sebentuk cincin bertatah berlian di jari manisnya. Ini sekali gus mengundang spekulasi bahawa mereka telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

As Millie Bobby Brown is engaged to Jake Bongiovi - a look at other celebrities who married young | Daily Mail Online

Dia menulis di ruangan kapsyen, “I've loved you three summers now, honey, I want 'em all.” Ia merupakan barisan lirik daripada lagu Taylor Swift berjudul Lover. Jika berita pertunangan ini benar, mereka bakal menyertai beberapa lagi selebriti yang menamatkan zaman bujang terlalu muda, sebelum sempat mencecah usia 20 tahun.

Siapakah artis yang berkahwin ketika berusia belasan tahun?

3 of 7

Macaulay Culkin

Aktor yang dikenali menerusi filem Home Alone ini mendirikan rumah tangga dengan aktres Racher Miner pada 1998. Ketika itu masing-masing berusia 18 tahun. Bagaimanapun mereka berpisah dua tahun kemudian dan bercerai pada 2002.

Foto: Pinterest

Macaulay Culkin kemudiannya menjalin hubungan romantis dengan Mila Kunis namun hubungan mereka berakhir pada 2011. Lapan tahun kemudian, dia bertemu Brenda Song di set penggambaran Changelend. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dakota yang kini berusia dua tahun.

3 of 7

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut