Skip to content

8 FAKTA MENARIK TENTANG BIDUANITA NEGARA DATO’ SERI SITI NURHALIZA

Kongsikan artikel ini

Ketahui 8 fakta menarik tentang Dato’ Seri Siti Nurhaliza dari permulaan kerjaya, pencapaian antarabangsa, gelaran Biduanita Negara, hingga kejayaan perniagaan SimplySiti.

#1 Permulaan Kerjaya Pada Usia Muda

Dato’ Seri Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya dalam dunia muzik pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI pada tahun 1995, membuka laluan untuk album sulungnya yang mengangkat namanya dalam industri muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

#2 Gelaran “Biduanita Negara” Disandang Pada 2024

Pada 13 November 2024,  Dato’ Siti dianugerahkan gelaran Biduanita Negara, menjadikannya artis wanita ketiga dalam sejarah menerima penghormatan berprestij ini selepas tokoh legenda seperti Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

#3 Salah Seorang Artis Paling Berpengaruh di Asia Tenggara

Siti sering digelar sebagai “Voice of Asia” kerana kemampuan vokal dan pengaruhnya dalam dunia muzik Melayu. Dia juga diiktiraf sebagai Southeast Asian Music Legend, menghormati sumbangannya secara berterusan dalam industri muzik serantau.

#4 Pernah Menakluk Pentas Antarabangsa

Pada tahun 2005, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi Asia Tenggara pertamamengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London, diiringi oleh London Symphony Orchestra. Satu pencapaian yang mengangkat nama Malaysia di pentas muzik dunia.

Sebelum itu turut membuat persembahan di Majlis Penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap bakatnya sejak awal kerjaya. Di peringkat industri hiburan Asia, Siti juga meraih pelbagai MTV Asia Awards dan pernah diiktiraf oleh Channel V sebagai antara artis terbesar Asia.

#5 Lebih 300 Anugerah Tempatan & Antarabangsa

Sepanjang lebih tiga dekad kerjaya, Siti telah menerima lebih daripada 300 anugerah muzik tempatan dan antarabangsa. Termasuk pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai artis paling banyak menerima trofi.

#6 “Jerat Percintaan” Lagu Ikonik Yang Mengangkat Nama Siti

Album sulungnya Siti Nurhaliza (1996) yang menampilkan single hit Jerat Percintaan mencatat jualan besar dan melonjakkan nama Dato’ Siti sebagai penyanyi popular. Single sulung Siti Nurhaliza, “Jerat Percintaan” daripada album Siti Nurhaliza (1996), menjadi titik perubahan penting dalam kerjayanya. Lagu balada ini bukan sahaja memperkenalkan kekuatan vokalnya kepada seluruh Malaysia, malah mencipta sejarah apabila memenangi Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997.

Lagu ini turut meraih kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu 1996, apabila dinobatkan sebagai Juara Lagu, selain memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Juara Lagu Balada. Dalam pertandingan tersebut, Siti bersaing dengan nama besar seperti Ziana Zain dan Fauziah Latiff.

#7 Usahawan Berjaya dengan SimplySiti

Selain muzik, Siti juga membina empayar perniagaan melalui produk kecantikan SimplySiti.  Jenama kosmetik halal yang dilancarkan pada 2010 dan menerima pengiktirafan sebagai salah satu produk Halal terbaik di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti)

#8 Filantropi & Capaian Global

Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali melalui muzik, tetapi juga melalui sumbangan kemanusiaan dan pengiktirafan antarabangsa. Pengiktirafan ini jarang dimiliki oleh artis Asia Tenggara. Melalui Yayasan Nurjiwa, dia telah menubuhkan sebuah sekolah di Gaza, Palestin sebagai inisiatif pendidikan dan kebajikan.  Mencerminkan komitmennya terhadap kerja-kerja filantropi merentas sempadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yayasan Nurjiwa (@nurjiwafoundation)

Artikel Berkaitan:

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ustaz irfan

SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Bacaan Lanjut
KEMPEN MUSIM BUNGA CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON

OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON

Bacaan Lanjut

MENGAPA ALIF SATAR JADI IDOLA BELIA DAN JUGA GEN-Z HARI INI?

Bacaan Lanjut
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

Bacaan Lanjut
GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA SELEBRITI MALAYSIA

GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA 2025 SELEBRITI MALAYSIA

Bacaan Lanjut