9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Menjelang sambutan Aidilfitri 2026, kita semua dan terutamanya peminat mereka teruja dengan pengumuman barisan duta jenama bagi koleksi baju raya terbaharu. Tahun ini menyaksikan gabungan figura berpengaruh daripada dunia lakonan, muzik dan hiburan yang masing-masing membawa identiti serta aura tersendiri.
Pelantikan lapan duta jenama ini bukan sahaja mengukuhkan jenama, malah mencerminkan kepelbagaian citarasa masyarakat Malaysia.
Zarif Ghazzi & Lorenzo Irman
Jenama Jakel tampil dengan dua pelakon baharu, iaitu Zarif Ghazzi dan Lorenzo Irman. Kedua-duanya melambangkan gaya muda dan segar, sejajar dengan rekaan Jakel 2026. Yang menekankan keselesaan, kualiti fabrik dan potongan kontemporari untuk seisi keluarga. Pelantikan dua pelakon ini sebagai duta Gen Z Jakel 2026 pastinya menambah tarikan kepada koleksi raya Jakel yang sentiasa menjadi pilihan ramai.
Nadhir Nasar
Nadhir Nasar terus menjadi bintang pilihan jenama fesyen kerana imejnya yang versatil dan berkarisma. Tahun ini, Nadhir sekali lagi menjadi duta untuk jenama Bulan Bintang. Dan baru-baru ini, Nadhir tampil di acara pelancaran koleksi raya 2026 Bulan Bintang yang dihadiri ramai tetamu.
Fattah Amin
Sementara itu, Fattah Amin pula tampil eksklusif sebagai wajah utama Elrah Exclusive, membawa nilai kematangan, elegan dan sofistikated yang sinonim dengan jenama tersebut. Kalau tak salah, ini merupakan kali pertama Fattah Amin muncul sebagai duta rasmi Elrah Exclusive.
Kamal Adli
Kamal Adli pula menyerlahkan gaya matang, maskulin dan versatil, menjadikan koleksi Jakel sesuai untuk pelbagai lapisan usia, daripada golongan muda hingga dewasa.
Joe Flizzow
Tidak ketinggalan, Joe Flizzow turut mewakili Elrah Exclusive, menampilkan sisi berani dan urban dalam koleksi baju raya lelaki. Sentuhan street style yang dibawanya memberi nafas baharu kepada rekaan tradisional, menjadikannya relevan untuk generasi muda.
Artikel berkaitan: BEN AMIR: SATU BABAK BAHARU DALAM CINTA DAN KEHIDUPAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.
GL Playlist himpunkan 7 lagu raya terbaru 2026 termasuk Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Wani Kayrie yang memeriahkan Syawal tahun ini.
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI
Sebelum menjelang bulan Syawal, GL Team telah membuat jangkaan tentang warna baju raya yang terkenal pada tahun ini.
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU
Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI
Syawal 2026 menyaksikan generasi baharu mentafsir semula Baju Melayu dan tradisi Raya dengan sentuhan moden.











