ADAM SHAFIQUE: WAJAH UTAMA GL GANG & REVOLUSI FESYEN GEN Z
Sebagai seorang individu yang berpengaruh dalam dunia fesyen digital, Adam Shafique membawa perspektif segar dan berani dalam penataan gaya lelaki moden. Menjadi sebahagian daripada GL Gang bukan sekadar soal penampilan, tetapi juga membentuk satu komuniti yang meraikan kreativiti dan ekspresi diri. Dengan stail yang unik dan keberanian bereksperimen, Adam menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang ingin tampil stylish dan bebas daripada stereotaip fesyen lelaki konvensional.
DARI PENGAMAT WARNA KE IKON FESYEN
Minat Adam terhadap fesyen bermula sejak kecil, apabila ibunya sering menyiapkan pakaiannya setiap hari. Daripada situ, dia mula memerhati bagaimana warna, tekstur, dan siluet boleh disatukan untuk mencipta satu gaya yang sempurna. Permainan ‘dress up’ bersama adik menjadi titik awal eksplorasi fesyennya, membuka ruang untuk bereksperimen dengan pelbagai kombinasi pakaian. Menginjak remaja, Adam mencuba pelbagai gaya mengikut trend semasa. Dari baju fit dan seluar skinny yang pernah menjadi fenomena, sehinggalah ke era ‘chunky sneakers’ atau “dad shoes”, dia melalui fasa bereksperimen yang akhirnya membawa kepada kesedaran penting—fesyen harus mengikut keselesaan dan identiti peribadi, bukan sekadar trend semata-mata.
“Saya pernah memaksa diri untuk memakai skinny jeans hanya untuk ‘fit in’ dalam dunia media sosial. Tetapi lama-kelamaan saya sedar, saya perlu mencari stail peribadi yang sesuai dengan karakter dan fizikal saya. I want to wear the clothes, not the clothes wear me.”
Kini, gaya Adam adalah kombinasi ‘high fashion’ dan ‘streetwear’, di mana setiap helaian yang dipilih menggambarkan keberanian dan keyakinan dirinya.
MEMBENTUK KOMUNITI FESYEN BERSAMA GL GANG
Sebagai sebahagian daripada GL Gang, Adam mahu melihat lebih banyak aktiviti yang bukan sahaja mempamerkan fesyen, tetapi juga mengukuhkan komuniti lelaki moden yang berkongsi minat dalam gaya dan ekspresi diri.
Bagi Adam, acara styling dan kehadiran bersama di acara fesyen dapat mengukuhkan hubungan antara ahli komuniti, sekaligus mencipta impak lebih besar dalam industri fesyen tempatan. Inspirasi utama Adam ialah kumpulan PAQ di YouTube, yang berjaya menarik perhatian ramai melalui gabungan fesyen, kreativiti, dan hiburan dalam penyampaian mereka.
Jika diberi peluang untuk mencadangkan satu acara eksklusif untuk GL Gang, Adam ingin melihat fashion meet-up yang menggabungkan pereka fesyen dan model. Acara ini bukan sekadar platform untuk memperkenalkan koleksi pakaian baharu, tetapi juga membolehkan ahli GL Gang menggayakan dan mempromosikan karya pereka fesyen tempatan. Dengan cara ini, GL Gang bukan sahaja menjadi komuniti fesyen, tetapi juga sebuah gerakan yang membantu mengangkat bakat serta jenama fesyen ke tahap lebih tinggi.
STAIL ADAM SHAFIQUE: KEBEBASAN & KREATIVITI
Stail Adam menolak norma biasa dalam fesyen lelaki—setiap penampilannya mencerminkan kebebasan, keberanian, dan kreativiti. Kehadirannya di platform seperti TikTok dan media sosial membuktikan bahawa fesyen adalah satu medium ekspresi yang dinamik, menarik perhatian ramai dan memberi inspirasi kepada lelaki seusianya untuk bereksperimen dengan gaya mereka sendiri.
Sebagai seorang yang percaya kepada fesyen sebagai bentuk identiti, Adam tidak terikat pada satu definisi gaya tertentu. Baginya, fesyen adalah tentang penerokaan, keyakinan, dan bagaimana seseorang membawa diri dengan penuh karisma.
GL GANG: GERAKAN BAHARU DALAM DUNIA FESYEN
Menyertai GL Gang bukan sekadar menjadi sebahagian daripada komuniti fesyen, tetapi juga satu platform yang memberi impak kepada industri dan individu yang berada di dalamnya. Dengan menyatukan model, pereka, dan pencinta fesyen, GL Gang membuka ruang kepada lebih banyak peluang untuk berkarya dan berinovasi dalam dunia fesyen lelaki moden.
ARTIKEL BERKAITAN: ADAM SHAFIQUE, ENERGI FESYEN YANG MENGAGUMKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RAZIN QIDRAN: WAJAH UTAMA GL GANG, SIMBOL GAYA & EKSPRESI DIRI
Sebagai sebahagian daripada GL Gang, Razin Qidran bukan sekadar wajah baharu dalam industri hiburan, tetapi juga ikon gaya yang semakin menyerlah dalam dunia fesyen.
GL GANG: KOMUNITI TRENDSETTER UNTUK LELAKI ALFA
GL Gang, satu komuniti eksklusif yang menampilkan individu muda berbakat dengan gaya tersendiri. Inisiatif ini bertujuan untuk membentuk generasi baharu yang berani
HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”
GLAM Lelaki berbual dengan Hakim Mazlan, pengasas jenama lokal streetwear ‘One Plus Two’. Hakim berkongsi nasihat dan impian untuk jenamanya.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.