“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Untuk edisi digital Januari 2024, GLAM Lelaki menampilkan hero Malaya berbakat, Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson pada tahun ini.
17 Januari nanti, aktor kelahiran Johor Bahru ini akan menjangkau usia 35 tahun. Tahun 2024 juga akan menjadi tahun yang istimewa buat Aiman Hakim Ridza. Ini kerana dia bakal membesarkan keluarga dengan menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson. Bapa kepada Isaac Raees telah berkongsikan berita gembira itu pada akhir tahun lalu melalui akaun Instagram.

Kemeja jalur dan baju panas logo, DIOR
Hero Malaya dengan ketinggian 1.86 meter ini memulakan karier melalui program realiti nyanyian. Tetapi, bakatnya lebih menyerlah melalui seni lakonan. Drama pertamanya, “Vanilla Coklat” yang disiarkan pada 2011 telah membuka mata peminat dan kini dia terus mewarnai industri hiburan dengan membintangi pelbagai siri drama, telefilem dan filem terbaharu seperti “Harimau Malaya The Movie”.
Ikuti temu bual GLAM Lelaki bersama Aiman Hakim Ridza untuk edisi digital Januari 2024:
1. Aiman Hakim Ridza dalam 3 patah perkataan.
Wise , determined, dan curious.
2. Apakah perkara yang ramai tidak tahu mengenai Aiman?
Saya tidak suka kucing tetapi saya merasakan kucing sangat comel.
3. Apakah resolusi Aiman untuk tahun 2024?
Tahun ini saya mahu mencabar diri saya untuk keluar dari zon selesa dalam karier saya.
4. Apakah perkembangan terkini anda?
Saya baru sahaja selesai penggambaran filem “Harimau Malaya The Movie” yang akan ditayangkan pada tahun ini.
5. Next project Aiman untuk 2024?
Saya akan terlibat untuk drama OTT untuk satu platform penstriman.

Jaket dan rantai daripada DIOR
6. Aiman dan Zahirah bakal menimang cahaya mata kedua. Apakah reaksi dan perasaan anda apabila menerima berita gembira ini?
Saya sangat gembira dan kali ini ia sangat bermakna kerana saya diberi peluang dan rezeki untuk mempunyai sebuah keluarga yang lebih besar.
7. Apakah satu perkara yang Aiman belajar atau kagumi tentang Zahirah?
Zahirah adalah seorang yang sangat bertanggung jawab dan menepati masa. Dia juga seorang yang mempunyai adab yang bagus.
8. Bagaimana Aiman membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga?
Apabila saya sibuk bekerja, saya akan pastikan bila ada masa bersama keluarga saya akan menghabiskan masa bersama mereka. Contohnya melakukan aktiviti-aktiviti yang mengakrabkan lagi hubungan kami sebagai keluarga.
Saya juga percaya sebagai ketua keluarga adalah penting untuk saya terlibat dalam hal-hal dalam rumah dan keluarga. Saya mahu menjadi tauladan dan contoh yandg baik untuk anak saya dan keluarga. Ini sesuatu yang amat saya titik beratkan.
9. Kongsikan rutin penjagaan kesihatan dan senaman anda?
Pastikan minum air kosong dengan banyak. Saya juga mengambil gula dalam kuantiti yang minimum. Invest in your dietary. Dan, saya banyak melakukan senaman di gim dan bersukan.
10. Apakah intipati maskuliniti dalam dunia moden hari ini?
Maskuliniti adalah seorang lelaki yang berkeyakinan tetapi rendah diri, berani tetapi penuh belas kasihan, serta give more expect less.

Jaket, seluar, kasut dan kilt daripada DIOR
11. Stigma tentang lelaki yang anda mahu ubah?
Men are made how men should be. Saya tidak mahu ubah apa-apa tentang lelaki.
12. Siapakah idola atau hero Aiman dalam industri lakonan?
Pelakon legenda Hollywood, Marlon Brando.
13. Kongsikan nasihat anda buat generasi baharu yang mahu memulakan karier dalam industri seni tempatan?
Sentiasa berusaha keras dan jangan patah semangat untuk mengejar cita-cita anda.
14. Apakah yang Aiman lakukan jika tidak bekerja?
Menghabiskan masa bersama keluarga. Saya juga selalu bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya.
15. Ada hobi baru yang anda mahu cuba tahun ini?
Saya nak belajar bercucuk tanam pada tahun ini.
Pengarah Kreatif @aizataidid Editor & Penata Gaya @muzammin Pengarah Seni @ayoi.arif Foto @chee__wei Penerbit Kandungan Muda @zhrhzlkhri Grooming @khirkhalid Dandanan @ckay_liow Motion & Video Editor @azeemanwr Pelatih Amali Ronald Henry Pakaian @dior
Baca lebih lanjut: AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
3 JENAMA PENJAGAAN FESYEN TERBAIK
Rumah fesyen mewah kini turut menceburi dunia penjagaan diri. Adakah ia berbaloi untuk masa anda? GLAM Lelaki tahu apa yang anda perlukan!
TERGEMPAR: SABATO DE SARNO SIGNING OFF DARI GUCCI
Sabato De Sarno, meninggalkan jenama utama Itali selepas kurang daripada dua tahun. Pertukaran pereka berprofil tinggi terbaru dunia fesyen!
GAYA RADIKAL JADEN SMITH ADALAH SATU MESEJ
Jaden memilih aksesori yang mencuri perhatian ini—ia bukan sekadar fesyen, tetapi satu mesej.
XIAO ZHAN UNGGULI ESEN TOD’S
Tod’s memperkenalkan kempen Musim Bunga/Panas 2025, dengan penampilan wajah pelakon Asia Xiao Zhan, daripada China.
6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY
Stail selebriti antara aspek yang paling mencuri perhatian apabila munculnya musim anugerah, begitu juga di Grammy.
BOLD DYSTOPIAN BY NAZREEM MUSA
Ikon fesyen Nazreem Musa tanah air, mengoncang arena fesyen lokal dan yang kini ligat muncul di Minggu Fesyen Antarabangsa.