Skip to content

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Kongsikan artikel ini

Keluarga kecil Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal diserikan dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi.

Pasangan pelakon itu mengumumkan berita kehamilan bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun Instagram masing-masing. Aiman dan Zahirah turut meluahkan rasa teruja dengan pertambahan ahli keluarga mereka.

Memuat naik video dirinya dengan baby bump yang jelas kelihatan, aktres berusia 28 tahun itu turut berkongsi imbasan ultrabunyi anak keduanya. Turut kelihatan butiran terperinci mengenai kandungannya. “Can’t wait for 2024,” tulisnya ringkas.

Zahirah Macwilson

Foto: Harian Matro

Aiman turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi yang sama termasuk foto Zahirah. “2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2. Syukur Alhamdulillah,” titipnya berserta emoji hati.

Bagaimanapun pasangan itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kehamilan kedua ini termasuk jantina dan usia kandungan.

 

Peminat Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson Berkongsi Rasa Teruja

Perkongsian mereka disambut baik oleh rakan artis dan peminat dengan ucapan tahniah dan doa di ruangan komen. Kebanyakannya menitipkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata kedua pasangan ini.

“Alhamdulillah, so happy for you!” tulis Catriona Ross.

“Tahniah anak-anak Paknil,” titip Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Alhamdulillah and congrats bro!” kongsi Shah Iskandar.

Aiman dan Zahirah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: NABIL MAHIR & AYDA JEBAT MENANTI KEHADIRAN ANAK KEDUA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

Bacaan Lanjut