Skip to content

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Kongsikan artikel ini

Pasti anda sudah tahu, keluarga kecil Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal diserikan dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi.

Terbaharu, pasangan merpati dua sejoli itu memuat naik sebuah video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka semalam. Menerusi perkongsian tersebut, Aiman dan Zahirah dilihat bakal menimang seorang puteri.

“It’s a baby girl! Alhamdulillah,” tulis aktres berusia 29 tahun itu berserta beberapa emoji. Ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut meluahkan keterujaannya dengan berkongsi video sama di akaun Instagram miliknya. “Gender reveal! It’s a GIRLLL,” tulisnya ringkas.

Foto: mStar

Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Berkongsi Khabar Gembira

Disember tahun lalu, pasangan ini mengumumkan berita kehamilan bersama peminat menerusi satu perkongsian di Instagram. Aiman dan Zahirah turut meluahkan rasa teruja dengan pertambahan ahli keluarga mereka.

Memuat naik video dirinya dengan baby bump yang jelas kelihatan, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu juga berkongsi imbasan ultrabunyi. Turut kelihatan butiran terperinci mengenai kandungannya. “Can’t wait for 2024,” tulisnya ringkas.

Aiman turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi yang sama termasuk foto isterinya. “2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2. Syukur Alhamdulillah,” titipnya berserta emoji hati. Bagaimanapun pasangan itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kehamilan kedua ini termasuk usia kandungan.

Zahirah Macwilson aiman hakim ridza

Foto: Harian Metro

Perkongsian mereka disambut baik oleh rakan artis dan peminat dengan ucapan tahniah dan doa di ruangan komen. Kebanyakannya menitipkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata kedua pasangan ini.

Aiman dan Zahirah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Bacaan Lanjut
siri prime

SIRI PRIME PERTAMA MALAYSIA THAT COVER GIRL DIBINTANGI SITI SALEHA, HISYAM HAMID, ALICIA AMIN & AIMAN HAKIM

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

DUGAAN BUAT AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON

Bacaan Lanjut