Skip to content

AKTOR THE HUNGER GAMES, DONALD SUTHERLAND MENINGGAL DUNIA

AKTOR THE HUNGER GAMES, DONALD SUTHERLAND MENINGGAL DUNIA

Kongsikan artikel ini

Pelakon legenda Hollywood, Donald Sutherland menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Jun 2024 ketika berusia 88 tahun.

Berita duka itu dikongsikan anak sulungnya yang juga aktor, Kiefer Sutherland menerusi satu hantaran di laman X.

“Dengan rasa duka cita saya ingin memaklumkan bahawa bapa saya, Donald Sutherland telah meninggal dunia. Secara peribadi, saya berasakan dia antara pelakon terpenting dalam sejarah perfileman.

“Tidak pernah gentar dengan apa jua watak sama ada baik, jahat atau buruk. Dia mencintai apa yang dilakukannya, dan melakukan apa yang dicintainya. Dia menjalani kehidupannya dengan sebaiknya,” tulisnya.

Donald Sutherland

Foto: Los Angeles Times

Menurut agensi pengurusan CAA, aktor asal Kanada itu meninggal dunia di hospital setelah lama menderitai penyakit yang tidak didedahkan.

Perjalanan Hidup Donald Sutherland

Dilahirkan di New Brunswick, Kanada, Donald memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran radio ketika berusia 14 tahun. Dia kemudiannya menamatkan pengajian dalam dua jurusan, kejuruteraan dan drama di Victoria University.

Walaupun pada awalnya ingin bergelar jurutera, dia mengubah fikiran dan berhijrah ke Britain pada 1957 untuk menyambung pengajian di London Academy of Music and Dramatic Arts.

Kerjaya lakonannya bermula di pentas teater pada 1960 sebelum ditawarkan watak kecil dalam drama dan filem Inggeris. Sejak itu Donald telah membintangi hampir 200 naskah yang menjangkau lebih 60 tahun.

Antara filem yang menaikkan namanya sebagai pelakon versatil adalah The Dirty Dozen (1967) Kelly’s Heroes (1970) dan M*A*S*H (1970). Dia terus membintangi pelbagai lagi naskah popular seperti Ordinary People (1980), Without Limits (1998), The Italian Job (2003), dan Pride & Prejudice (2005).

Bagaimanapun di kalangan generasi muda, Donald lebih dikenali sebagai Presiden Snow, wataknya dalam francais The Hunger Games (2012-2015).

Donald Sutherland

Foto: Everett

 

Foto: Chris Pizzello/Invision/AP

Pautan berkaitan: SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 BINTANG HOLLYWOOD POPULAR INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

Bacaan Lanjut
“MEREKA SEPATUTNYA…” - RESPONS KEANU REEVES TERHADAP BAKTERIA YANG DINAMAKAN SEMPENA NAMANYA

“MEREKA SEPATUTNYA…” – RESPONS KEANU REEVES TERHADAP BAKTERIA YANG DINAMAKAN SEMPENA NAMANYA

Bacaan Lanjut
BINTANG WEDNESDAY, PERCY HYNES WHITE BERDEPAN TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL

BINTANG WEDNESDAY, PERCY HYNES WHITE BERDEPAN TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL

Bacaan Lanjut
WATAK ADI WIRA MARVEL IDAMAN KEANU REEVES DIDEDAHKAN

WATAK ADI WIRA MARVEL IDAMAN KEANU REEVES DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
AIR MATA LELAKI BRENDAN FRASER TUMPAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM VENICE

AIR MATA LELAKI BRENDAN FRASER TUMPAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM VENICE

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA SIMU LIU & TEMAN WANITA DI ACARA KARPET MERAH

BERAPA NILAI KEKAYAAN ADI WIRA ASIA MARVEL PERTAMA, SIMU LIU?

Bacaan Lanjut