ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN
Tiada angin tiada ribut, Sabhi Saddi meluahkan hasratnya untuk bersara selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.
Namun peminat tidak perlu terkejut kerana ia bukanlah dalam masa terdekat, tetapi pada tahun 2026. Katanya keputusan itu dibuat untuk memberi fokus penuh pada keluarga dan perniagaannya.
“Sebenarnya saya sudah tidak lagi mempunyai mood dalam industri, tetapi saya cuba untuk bertahan. Bukan kerana tiada tawaran menyanyi, saya masih menerima jemputan persembahan tertutup seperti majlis perkahwinan.
“Saya merancang untuk bersara sepenuhnya pada tahun depan dan mungkin 2026 adalah masa terbaik untuk saya meninggalkan dunia seni,” katanya menurut Harian Metro.
Buah Tangan Terbaru Sabhi Saddi
Sebagai tanda penghargaan terakhirnya buat peminat, pelakon dan penyanyi itu bakal mengeluarkan dua lagu baru ciptaan Farouk Roman pada tahun ini. Sebuah lagu akan dilancarkan pada bulan Mei manakala satu lagi pada bulan November.
“Tahun ini saya akan all out. Kalau lagu itu berjaya, Alhamdulillah saya tinggalkan industri dengan cara yang baik. Jika sebaliknya, saya reda dan bersyukur dengan apa yang telah saya capai.
“Saya rasa cukuplah. Banyak bakat baharu yang ada sekarang. Saya sudah memasuki usia 41 tahun dan bila-bila masa saya boleh pergi (meninggal dunia).
“Cuma, saya nak orang kenal saya melalui lagu-lagu saya sahaja. Selepas melancarkan dua lagu saya yang terakhir pada tahun ini, saya akan menghilang dari segalanya,” ujarnya.
Foto: Facebook
Pautan berkaitan: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Serahkan Hatiku Padamu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA
MsMojo menyenaraikan Dolla sebagai salah satu kumpulan wanita antarabangsa yang wajib diberi perhatian oleh pencinta muzik.
KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT
Hampir dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, Faizal Tahir akhirnya muncul dengan konsert solo pertama.