Skip to content

Pewaris Takhta Denmark, Putera Joachim Ikut Jejak Langkah Putera Harry ALASAN PEWARIS DENMARK, PUTERA JOACHIM & KELUARGA MEMBAWA DIRI KE AMERIKA SYARIKAT

ALASAN PEWARIS DENMARK, PUTERA JOACHIM & KELUARGA MEMBAWA DIRI KE AMERIKA SYARIKAT

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Putera Joachim Bakal Memulakan Tugas Baharu Di Washington

Buat masa ini Putera Joachim bersama isteri, Puteri Marie dan empat anak mereka tinggal di Paris, Perancis. Anak bongsu Ratu Margrethe itu bekerja sebagai atase pertahanan di Kedutaan Denmark sejak September 2020. Perpindahan itu akan membawa keluarganya lebih jauh daripada Ratu dan seluruh kerabat Denmark, sekali gus meluaskan jurang sedia ada. Istana Diraja Denmark mengesahkan penghijrahan mereka sekeluarga baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Pada 1 September 2023, Duli Yang Teramat Mulia Putera Joachim akan menjawat jawatan baharu di bawah Kementerian Pertahanan sebagai atase industri pertahanan di Kedutaan Denmark di Washington. Putera, sebagai wakil Denmark, akan membantu mengukuhkan kerjasama industri pertahanan dengan Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun-tahun akan datang.”

Keempat-empat cahaya mata putera berusia 54 tahun itu kehilangan gelaran putera dan puteri secara rasminya pada awal tahun 2023. Mereka kini dipanggil Count atau Countess of Monpezat, gelaran kelahiran mendiang Putera Henrik, suami Ratu Margrethe yang merupakan anak kelahiran Perancis.

Foto: Shutterstock

Nikolai, 24 dan Felix, 21 merupakan cahaya matanya daripada isteri pertama, Alexandra, Countess of Frederiksborg. Pasangan itu berkahwin pada 1995 dan bercerai sedekad kemudian. Henrik, 14 dan Athena, 11 pula adalah hasil perkongsian hidupnya dengan isteri kedua, Puteri Marie.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KENALI NIKOLAI & FELIX, PEWARIS TAKHTA DENMARK YANG MENJADI BURUAN JENAMA FESYEN MEWAH

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

King Frederik Denmark

5 FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA DENMARK BAHARU, KING FREDERIK X

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENARIK MENGENAI PUTERI ISABELLA DARI DENMARK

5 FAKTA MENARIK MENGENAI PUTERI ISABELLA DARI DENMARK

Bacaan Lanjut
CINTA PANDANG PERTAMA PUTERA MAHKOTA FREDERIK & PUTERI MARY

CINTA PANDANG PERTAMA PUTERA MAHKOTA FREDERIK & PUTERI MARY

Bacaan Lanjut
KENALI NIKOLAI & FELIX, PEWARIS TAKHTA DENMARK YANG MENJADI BURUAN JENAMA FESYEN MEWAH

KENALI NIKOLAI & FELIX, PEWARIS TAKHTA DENMARK YANG MENJADI BURUAN JENAMA FESYEN MEWAH

Bacaan Lanjut

“I’M SPEECHLESS.” – CHRIS EVANS LUAH RASA TERKEJUT

Bacaan Lanjut