Skip to content

MEERQEEN

MEERQEEN KINI DUTA PERTAMA YSL BEAUTY MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

YSL Beauty berbesar hati memaklumkan bahawa Meerqeen telah dilantik sebagai duta jenama warga Malaysia pertama di bawah YSL Beauty Malaysia.

Meerqeen

Personaliti yang berani dilihat dapat menjelma semangat YSL Beauty yang asli. Meerqeen dikenali sebagai seorang yang jangkaui batasan, hidup bebas, serta tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan. Personalitinya sesuai untuk YSL Beauty iaitu sebuah jenama yang menyahut perkara tidak konvensional serta menggalakkan orang ramai supaya lebih berani.

“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia, saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.”

Ysl Beauty

Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia. Stail yang luar biasa dan berani dalam kehidupan membuatkan dirinya sebagai wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty. Yakni direka khas untuk individu yang tidak gentar dengan cabaran.

Personaliti Meerqeen yang berani dilihat dapat menjelma semangat YSL Beauty yang asli.

“Kami berbesar hati atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia,” kata Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura. Pelantikan dia sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan beliau seorang bintang yang kian rancak dalam industri hiburan. Popularitinya dalam kalangan belia Malaysia menjadikan dia sebagai teladan yang baik.

Meerqeen

Artikel berkaitan ALL HOURS FOUNDATION PILIHAN MASKULIN

Meerqeen akan membuat penampilan di acara YSL Beauty Raya Pop-up di SOGO Kuala Lumpur pada 6 April dan IOI City Mall, Putrajaya pada 15 April antara jam 2.00 petang dan 4.00 petang.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut

UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU

Bacaan Lanjut

BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI

Bacaan Lanjut