AKTOR OZARK, TOM PELPHREY PERKENAL ‘MIRACLE’ KEPADA DUNIA
Pada usia 40 tahun, Tom Pelphrey akhirnya bergelar bapa kepada seorang puteri hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Big Bang Theory, Kaley Cuoco.
Tom Pelphrey berkongsi khabar gembira itu bersama pengikutnya di Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto yang merakamkan detik-detik pertama mereka bergelar ibu bapa.
Pelakon yang bakal muncul dengan siri mini Love & Death itu menulis mesej ringkas penuh bermakna di ruangan kapsyen yang dimulakan dengan kata pujangga daripada pensyair tersohor, Rumi. “You are the Soul of the Universe. And your name is Love.”
Foto: Instagram
Dia menambah, “Hati saya dilimpahi dengan rasa cinta dan kesyukuran atas keajaiban (miracle) ini. Saya amat menyanjungi kekuatan dan keberanian teman sejiwa dan rakan karib saya @kaleycuoco. Kamu sememangnya luar biasa.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti yang bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL
Bintang Captain America, Chris Evans dilaporkan telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanita, Alba Baptista.
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?
Siapa sangka pasangan selebriti pujaan ramai, Joe Jonas dan Sophie Turner terkena tempias ‘trend perceraian’ yang kini sedang merebak di Hollywood.
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA
Siapa sangka dalam diam-diam Rihanna telah pun melahirkan anak keduanya bersama penyanyi rap, ASAP Rocky.
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS HOLLYWOOD SEPANJANG TAHUN 2023
Perceraian selebriti bagaikan trend kebelakangan ini bukan sahaja dalam industri hiburan tempatan tetapi juga di Hollywood.