AKTOR OZARK, TOM PELPHREY PERKENAL ‘MIRACLE’ KEPADA DUNIA
Matilde Carmine Richie Pelphrey ‘Cahaya Baru’ Dalam Hidup Tom Pelphrey & Kaley Cuoco
Aktres The Flight Attendant, Kaley Cuoco turut berkongsi beberapa keping foto puteri mereka yang diberi nama Matilde Carmine Richie Pelphrey. Dia menggelar anak sulungnya yang dilahirkan pada 30 Mac 2023 itu sebagai ‘cahaya baru’ dalam kehidupan mereka.
“Memperkenalkan Matilde Carmine Richie Pelphrey, cahaya baru dalam hidup kami! Kami amat teruja dan bersyukur dengan keajaiban kecil (little miracle) ini. @tommypelphrey Saya tidak menyangka boleh mencintai kamu dengan lebih banyak lagi, namun itulah yang berlaku.”
Bintang berusia 37 tahun itu turut merakamkan penghargaan buat mereka yang membantu pada saat-saat awalnya bergelar ibu. “Terima kasih kepada doktor, jururawat, keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak menghulur bantuan kepada kami sejak beberapa hari lalu. Kami amat bersyukur.”
Tahun lalu Kaley Cuoco mendedahkan bahawa pertemuan pertamanya dengan Tom Pelphrey sewaktu tayangan perdana musim terakhir Ozark pada April 2022 sebagai “cinta pandang pertama yang sejati.” Mereka membuat penampilan umum pertama sebagai pasangan kekasih di acara Hollywood Walk of Fame pada bulan Mei. Lima bulan kemudian, mereka mengumumkan kehamilan anak pertama melalui media sosial.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Power couple Bollywood, ini sedang menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil mereka.
LEE SEUNG GI KINI BERGELAR BAPA
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pasangan K-Drama popular Lee Seung Gi dan Lee Da In akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama.