TOMOK TENANG BERDEPAN UJIAN RAMADAN
Siapa sangka sesi berbuka puasa bersama keluarga pada hujung minggu mengundang satu ujian besar buat Tomok.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Tomok berkongsi bagaimana dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 kepada sebuah butik fesyen berjenama. Kejadian itu berlaku apabila mereka sekeluarga memasuki butik berkenaan setelah isterinya, Rahayu Abas meluahkan hasrat untuk membeli seluar.
Malang tidak berbau apabila anaknya tanpa sengaja menumpahkan pengilat kuku berwarna merah jambu terang pada beberapa helai pakaian. Ia termasuk empat helai seluar denim berharga RM1,299 setiap satu serta baju berharga RM899 dan RM499.

Foto: Kosmo
Memandangkan pakaian telah rosak, dia dan keluarga tidak dibenarkan meninggalkan butik tanpa membuat bayaran ganti rugi. Dia akhirnya ‘membeli’ kesemua pakaian tersebut selepas diberi diskaun.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.











