Skip to content

Onitsuka Tiger Malaysia

12 ‘MUST HAVE’ DARIPADA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS ONITSUKA TIGER 2023

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Jenama ikonik Jepun, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi bertemakan minimalisme Jepun dengan 12 item ‘must have’ bulan ini pilihan GLAM Lelaki.

Sejak diasaskan pada 1949, jenama ikonik dari Jepun ini mencipta fesyen yang berinspirasikan sukan dalam desain yang selesa, inovatif serta penuh warisan. Dan untuk musim bunga/panas 2023, Onitsuka Tiger mempersembahkan sebuah himpunan kontemporari yang bertemakan minimalisme Jepun. GLAM Lelaki turut membariskan 12 item ‘must have’ pilihan bulan ini.

Onitsuka tiger Malaysia

“Made in Japan” kekal menjadi tagline yang sinonim dengan jenama asal Jepun ini. Di bawah Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andre Pompilio, koleksi musim bunga/panas 2023 ini menggabungkan bentuk inovatif bersama warisan jenama dalam mengekspresikan kemuncak keindahan menerusi estetika subtratik yang mengenepikan sesuatu yang tidak perlu.

“Dalam usaha untuk menarik perhatian terhadap setiap perincian dalam koleksi ini, setiap bentuk dan minimalisme artistiknya, dan menyerlahkan kontras dengan siluet yang elegan, penampilan peragawan dan peragawati sengaja dijauhkan daripada pandangan penuh dan latar belakangnya dibiarkan ringkas,” jelas Andre Pompilio.

Onitsuka Tiger Malaysia

Koleksi pakaian dan aksesori Onitsuka Tiger ini telah dipentaskan di Minggu Fesyen Milan pada September 2022. Tema ini diteruskan dengan kempen visual yang mensublimasikan minimalisme dengan mengetengahkan pelbagai elemen seperti siluet dan ruang, langit dan warna serta latar belakang geometri dan sfera.

Kasut dan aksesori turut meninggalkan impak tersendiri. Kasut ikonik SERRANOTM mempunyai motif grafik bercetak seperti cakaran harimau dan diperbaharui sebagai model TIRRACKTM. Selipar kulit inspirasi selipar setta dihasilkan di Jepun, sementara model SCLAWTM dan SCLAWTM MT menampilkan  perincian pada padanan tinggi dan rendah. Ini menjadikan kasut baharu musim ini, lincah namun berprestasi tinggi. Juga terdapat topi besbol dan koleksi beg yang luar biasa.

Onitsuka Tiger Malaysia

 

Berikut adalah 12 item ‘must have’ daripada koleksi Onitsuka pilihan GLAM Lelaki:

 

1 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut
Onitsuka tiger Malaysia

MOLLETY™, KASUT PLATFORM INTERPRETASI BAHARU ONITSUKA TIGER

Bacaan Lanjut
Tony Eusoff

“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
3 KOLEKSI BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

Bacaan Lanjut