ALICIA & SHIKIN WAKILI MALAYSIA DI AsNTM KE-5
Asia’s Next Top Model (AsNTM) kembali untuk musim yang kelima dan pastinya, Malaysia tidak akan terkecuali daripada mewakilinya. Kali ini, dengan bukan satu, tetapi dua peserta yang bakal berentap dengan 12 lagi gadis-gadis dari seluruh Asia bagi merebut gelaran Asia’s Next Top Model.
Mengikuti jejak langkah Tuti Noor pada musim yang lepas, meet Alicia Amin dan Shikin Gomez. Alicia Amin, gadis berumur 22 tahun, mula menceburi bidang modeling di Australia sewaktu bekerja sebagai pelayan bar di Melbourne.
Shikin Gomez pula sememangnya tidak asing lagi dalam bidang peragaan di Malaysia kerana seringkali muncul di majlis serta acara peragaan seperti KL Fashion Week. Gadis berusia 24 tahun persis rupa pelakon Nabila Huda ini mengidolakan supermodel Karlie Kloss dan ternyata memiliki keunikkannya yang tersendiri.
Pertandingan reality TV ini akan dihos oleh hos musim lepas, Cindy Bishop, ditemani oleh jurugambar terkenal Yu Tsai, mentor model Cara Grogan serta bekas Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.
Bakal ditayangkan secara umum pada 5 April 2017, di ASTRO saluran Star World 711, dan Star World HD 712. All the best to our girls!!
Photo credit: Instagram @asntm
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE
Wajah hot ditambah gaya fesyen yang cukup bergaya, Alysia Basree, model yang menjadi pilihan girl crush GLAM Lelaki kali ini!















