Skip to content

#ALPHAMEN2021 HADRI HASHIM

#ALPHAMEN2021 HADRI HASHIM

Kongsikan artikel ini

Hadri Hashim, 31, Usahawan Kafe & Agensi Model

Apakah ciri seorang lelaki ideal?
Lelaki perlu mempunyai pemikiran yang matang, berintegriti, kejujuran, boleh dipercayai, berani serta tenang. Mempunyai minda dan tubuh yang disiplin adalah langkah pertama untuk berjaya.

Apakah yang anda paling suka mengenai karier anda?
Saya dapat menyaksikan seseorang itu menjadi dewasa. Karier saya banyak melibatkan generasi muda yang masih lagi mencari hala tuju dalam kehidupan mereka. Saya ada kebolehan untuk melihat bakat dan membaca motivasi, dan melihat mereka membesar memberikan kepuasan yang tidak ternilai!

Cabaran terbesar sepanjang karier anda?
Tiada masa untuk diri sendiri. Saya sangat mementingkan kualiti dan pengurusan masa untuk personal growth. Saya dibesarkan oleh arwah bapa saya yang sentiasa menghormati masa, dan saya akan memastikan untuk melengkapkan jadual harian yang saya rancang setiap hari walaupun kepenatan.

Stail fesyen anda?
Saya mempunyai dua spektrum dalam identiti fesyen saya iaitu stail yang lebih relaks, oversized dan effortless, serta gaya yang lebih matang juga dapper seperti gaya Hedi Slimane ketika di Saint Laurent dan rekaan minimalis Jil Sander.

Satu perkara yang anda belajar ketika pandemik?
Kesabaran dan ketabahan. Pandemik ini seperti lembaran baharu untuk kita semua. Ramai yang kehilangan kerja dan juga nyawa. Ia mengajar kita untuk mengambil satu langkah ke belakang dan slow down, dan menilai semula apa yang boleh kita baiki untuk diri.

Pautan berkaitan: #ALPHAMEN2021 BRIAN KHOO

Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut