ALTIMET SUMBANG AMBULANS BUAT GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
Sekarang ini semakin ramai selebriti yang tampil memberi bantuan untuk meringankan bebanan golongan yang tidak berkemampuan dan yang terjejas akibat pandemik, antaranya Altimet.
Sebelum ini, Izzue Islam yang merupakan duta Neutrovis menyumbang 10,000 kotak pelitup muka perubatan jenama itu kepada golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan barisan hadapan. Kini giliran Altimet pula bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre untuk menyediakan sebuah ambulans bagi kegunaan mereka yang memerlukan.
Altimet memuat naik satu hantaran di Instagram dua hari lalu menjelaskan tentang Jariah Ambulans One Nation X Altimet yang menyaksikan kerjasama antara kedua-dua pihak.
“Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubahsuai van saja menelan belanja hampir enam angka. Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000.
“Minggu lepas saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubahsuai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans. Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet.
“Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubahsuai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans,” katanya.

Penyanyi Amboi itu turut merakam ucapan terima kasih buat semua pihak yang menderma dan menganggap sumbangan yang diberikan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.
“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka. Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afeen yang benar-benar memerlukan.
“Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma, mengambil berkat Hari Jumaat. Pahala berganda!,” tulisnya.
Foto: Mohamad Bakar
Pautan berkaitan: IZZUE ISLAM BERI SUMBANGAN PELITUP MUKA BERNILAI RM35,000?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.











