ALTIMET TERUS MENGORAK LANGKAH DENGAN PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRI
“Apa yang membezakan SVL TAN Management dengan syarikat pengurusan lain? Sudah tentu pengalaman 35 tahun kami dalam industri hiburan.
“Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kini bersedia untuk menjangkau batasan tersebut. Kami bersedia untuk menggegarkan dan menetapkan tanda aras baharu industri bagi rakan-rakan kami dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya.
Jelas Yasmeen, asas SVL TAN Management termasuk pengurusan dan tempahan artis, serta penjenamaan dan perkhidmatan konsultan industri kreatif dan pemasaran hiburan.
“Kami memulakan syarikat ini ketika Covid-19 melanda awal tahun lalu, dan kami sangat bersyukur kerana masih berjaya menjalankan operasi seperti biasa, walaupun terdapat banyak cabaran yang ditimbulkan oleh wabak ini.”
Buat masa ini, SVL TAN Management menaungi lima bakat tempatan di bawah pengurusan mereka iaitu Sherson Lian, Haniff Hamzah, Hazama, Saint Kylo dan Altimet sendiri.
Pautan berkaitan: ALTIMET SUMBANG AMBULANS BUAT GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.